Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Toggle jalin kerjasama dengan HBO Asia

Para pengguna wadah digital Toggle Mediacorp boleh menjangkakan lebih banyak kandungan di platform itu menyusuli satu kerjasama dengan HBO Asia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Feb 2019 02:17PM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 01:36AM

SINGAPURA: Para pengguna wadah digital Toggle Mediacorp boleh menjangkakan lebih banyak kandungan di platform itu menyusuli satu kerjasama dengan HBO Asia.

Perjanjian itu menunjukkan komitmen Mediacorp untuk bekerjasama dengan rakan-rakan media global.

Mulai Khamis (14 Feb), para pengguna Toggle boleh melanggani HBO GO menerusi pelan Toggle pada harga serendah S$10 dengan kontrak selama 12 bulan.

Langganan itu membolehkan para pengguna menonton rancangan premium HBO termasuk musim terakhir Game of Thrones yang bakal ditayangkan.

Para pelanggan juga boleh menikmati kandungan HBO dengan mudah tanpa perlu keluar dari aplikasi Toggle.

Malah, mereka juga boleh menonton episod-episod baru HBO yang disiarkan serentak dengan Amerika Syarikat menerusi 'Live TV' atau 'on-demand'.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan