Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tips jaga berat badan bulan Syawal ini

Hari Raya adalah hari kemenangan bagi seluruh umat Islam selepas sebulan berpuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Tips jaga berat badan bulan Syawal ini

(Gambar hiasan: AFP/Bay Ismoyo)

Diterbitkan : 20 Jun 2018 07:24PM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 07:28PM

MALAYSIA: Hari Raya adalah hari kemenangan bagi seluruh umat Islam selepas sebulan berpuasa.

Selama 30 hari itu, pastinya ada yang mengambil kesempatan menambah amal jariah untuk pulangan yang berlipat ganda.

Apa yang pasti, kesempatan itu juga diambil sepenuhnya bagi mereka yang berazam menurunkan berat badan.

Paling bahagia, apabila usaha itu berjaya. Turun dua kilogram sekalipun, perubahannya jelas. Namun, janganlah apabila tibanya Syawal, anda 'melantak' tanpa menghiraukan kalori dan kolestrol, sehingga berat badan anda yang turun dua kilogram, naik empat kilogram selepas beraya.

Segala usaha anda akan sia-sia sahaja.

Astro Awani mengongsi beberapa tips bagi mereka yang ingin mengawal berat badan dengan memberi anggaran sebanyak mana anda perlu bersenam selepas menikmati hidangan Raya.

KEGIATAN UNTUK BAKAR KALORI HIDANGAN RAYA

1. Sepotong Lemang/ dua ketul Rendang Ayam = 100 kalori

Untuk bakar 100 kalori, anda perlu:

  •  berjalan pantas selama 30 minit, atau
  • berlari-lari anak selama 15 minit, atau
  • berbasikal selama 10 minit

2. 8 kiub kecil ketupat = 80 kalori

Untuk bakar 80 kalori, anda perlu:

  • berjalan pantas selama 20 minit, atau
  • berlari-lari anak selama 10 minit, atau
  • berbasikal selama 15 minit

3. 1 senduk Kuah Kacang/ 2 ketul Rendang Daging = 130 kalori

Untuk bakar 130 kalori, anda perlu:

  • berjalan pantas selama 35 minit, atau
  • berlari-lari anak selama 15 minit, atau
  • berbasikal selama 20 minit

4. Lontong dan Sayur Lodeh = 260 kalori

Untuk bakar 260 kalori, anda perlu:

  • berjalan pantas selama 70 minit, atau
  • berlari-lari anak selama 30 minit, atau
  • berbasikal selama 40 minit

5. Sebiji kuih Almond London/ Tat Nenas = 50 kalori

Untuk bakar 50 kalori, anda perlu:

  • berjalan pantas selama 15 minit, atau
  • berlari-lari anak selama 6 minit, atau
  • berbasikal selama 8 minit

Pada bulan Syawal ini, menurut Astro Awani, anda bukan sahaja perlu merancang perjalanan, tetapi pemakanan anda juga demi hidup yang lebih sihat.

Barulah usaha anda akan berbaloi. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan