Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tip-tip tangani masalah berdengkur

Barangkali ramai daripada kita yang berdengkur dan bagi yang mempunyai pasangan ia sudah tentu menggangu kualiti tidur masing-masing kerana bunyinya yang tidak menyenangkan atau menggangu itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tip-tip tangani masalah berdengkur

(Gambar fail: Pixabay/Wokandapix)

Diterbitkan : 10 Jul 2019 11:19AM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 11:21AM

JERMAN: Barangkali ramai daripada kita yang berdengkur dan bagi yang mempunyai pasangan ia sudah tentu menggangu kualiti tidur masing-masing kerana bunyinya yang tidak menyenangkan atau menggangu itu.

Namun sebenarnya terdapat beberapa cara yang boleh membantu mengurangkan masalah tersebut daripada berlarutan.

Menurut Pusat Pembelajaran Kesihatan Kebangsaan Jerman, pengambilan pil tidur dan nikotin, sebaliknya boleh memburukkan lagi masalah berdengkur.

Bagaimanapun, rutin bangun dan tidur pada waktu sama setiap hari boleh membantu mengurangkan masalah berdengkur, lapor The Star.

Selain itu, susu panas dan teh herba juga boleh membantu anda tidur lena tanpa berdengkur.

Malah anda juga dinasihatkan supaya mandi menggunakan air suam dan melakukan senaman ringan boleh meningkatkan kualiti tidur anda.

Ini kerana, aktiviti-aktiviti tersebut mengeluarkan hormon 'oxytocin', yang mengawal hormon tekanan 'cortisol', menurut The Star.

Sementara itu, kaum lelaki dalam kalangan pertengahan usia lebih cenderung berdengkur berbanding kaum wanita. Lazimnya, kaum wanita mengalami masalah itu apabila mencapai tahap putus haid.

The Star melaporkan dalam kes-kes tertentu, berdengkur juga adalah petanda anda mempunyai masalah tidur seperti 'apnoea' yang boleh menyebabkan anda mengalami keletihan sepanjang hari.

Sekiranya itu berlaku, jumpalah doktor anda untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan