Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

TikTok naikkan had video kepada 3 minit; Instagram bakal tampilkan ciri baru

TikTok pada Khamis (1 Jul) mula membolehkan para pengguna memuat naik video sehingga tiga minit iaitu tiga kali lebih panjang berbanding sebelum ini, untuk mendahului pesaing-pesaingnya.

Anggaran Waktu Membaca:
TikTok naikkan had video kepada 3 minit; Instagram bakal tampilkan ciri baru

Gambar: AFP

Diterbitkan : 02 Jul 2021 11:15AM Dikemas Kini : 02 Jul 2021 11:18AM

SAN FRANCISCO: TikTok pada Khamis (1 Jul) mula membolehkan para pengguna memuat naik video sehingga tiga minit iaitu tiga kali lebih panjang berbanding sebelum ini, untuk mendahului pesaing-pesaingnya.

TikTok dipercayai mempunyai 1 bilion pengguna dari seluruh dunia termasuk lebih 100 juta di Amerika Syarikat dan amat popular khususnya dalam kalangan orang muda yang menggunakan telefon bijak.

"Dengan video lebih panjang, para pengguna boleh menghasilkan atau melanjutkan jenis-jenis kandungan di TikTok dengan adanya pilihan lebih banyak ruang," jelas Pengurus Produk Drew Kirchhoff dalam satu catatan.

Pilihan untuk memuat naik video lebih panjang berbanding had seminit sebelum ini akan dibuka kepada semua pengguna TikTok dalam minggu-minggu mendatang, menurut beliau.

"Sesetengah anda mungkin sudahpun menonton video-video lebih panjang di TikTok - kami sudah menguji cuba format baru itu bersama para penghasil video dari merata dunia," kata Encik Kirchhoff.

Instagram yang dimiliki Facebook pula menyatakan ia akan mencuba beberapa ciri video untuk memanfaatkan trend baru itu, tulis ketuanya Encik Adam Mosseri dalam satu catatan Twitter.

Perkongsian dan tontonan video memacu pertumbuhan di platform-platform online dan Instagram harus lebih mendakapinya, menurut Encik Mosseri.

"Kami bukan lagi setakat aplikasi perkongsian gambar," tambah beliau.

"Terdapat persaingan lebih sengit sekarang ini. TikTok (adalah platform yang) besar; YouTube lebih besar dan ada pelbagai syarikat pemula juga".

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan