Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tiga ekor penguin King menetas di Taman Burung Jurong

Tiga ekor penguin spesies King menetas baru-baru ini di Taman Burung Jurong dan orang awam kini boleh melihatnya di pameran Penguin Coast. Percy, Brix dan Arlo menetas menyusuli pengeraman di Pusat Pembiakan dan Kajian taman itu, menurut Wildlife Reserves Singapore.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiga ekor penguin King menetas di Taman Burung Jurong

Penguin bernama Percy, beberapa hari selepas menetas pada Februari (kiri) dan pada April (kanan) apabila ia dilepaskan kepada koloni penguin di Taman Burung Jurong. (Gambar: Wildlife Reserves Singapore)

Diterbitkan : 28 May 2019 03:04PM Dikemas Kini : 28 May 2019 03:25PM

SINGAPURA: Tiga ekor penguin spesies King menetas baru-baru ini di Taman Burung Jurong dan orang awam kini boleh melihatnya di pameran Penguin Coast.

Percy, Brix dan Arlo menetas menyusuli pengeraman di Pusat Pembiakan dan Kajian taman itu, menurut Wildlife Reserves Singapore yang menguruskan taman itu dalam kenyataan media pada Isnin (27 Mei).

Percy, seekor penguin jantan, menetas pada Februari. Brix pula, seekor penguin betina, menetas pada Mac dan diikuti oleh penguin jantan Arlo pada bulan yang sama.

Penguin bernama Arlo ketika baru menetas (kiri) dan Brix sedang menunggu untuk diberi makanan di Pusat Pembiakan dan Kajian Taman Burung Jurong (kanan). (Gambar: Wildlife Reserves Singapore)

Setiap penguin itu beratnya sekitar 200 gram bila menetas dan kini sudah membesar sehingga beratnya tujuh hingga 10 kilogram.

Anak-anak penguin itu boleh dilihat dalam lingkungan pameran Penguin Coast.

Memandangkan anak-anak penguin itu belum boleh berenang, ia dibendung supaya tidak ditolak oleh penguin dewasa hingga terjatuh ke dalam air.

Para penjaga burung memelihara anak-anak penguin itu selama beberapa bulan sebelum dilepaskan kepada koloni penguin King (Aptenodytes patagonicus) yang lain.

Penetasan tiga ekor penguin tersebut meningkatkan jumlah penguin King di Taman Burung Jurong kepada 17 ekor. Lima lagi spesies yang terdapat dalam taman itu adalah: Afrika, Gentoo, Humboldt, Macaroni dan Rockhopper.

Penguin King boleh membesar hingga seberat 15 kilogram dan ketinggian hampir satu meter, dan mempunyai jangka hayat hingga 30 tahun di bawah penjagaan manusia. Penguin King adalah spesies penguin kedua terbesar menyusuli penguin Emperor.

Anak penguin King mempunyi bulu berwarna kelabu gelap yang bertukar menjadi coklat gelap selepas sebulan. Sembilan bulan kemudian, bulu dewasanya mula ternampak.

Kali terakhir taman itu menyaksikan penetasan penguin King - bernama Maru - adalah pada 2017.

Sumber : Today/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan