Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tidur siang 10 minit boleh bantu tingkatkan fokus dan produktiviti

Kebanyakan orang akan meminum kopi untuk menghilangkan rasa ngantuk semasa waktu siang. Bagaimanapun ramai yang tidak sedar bahawa hanya dengan tidur selama 10 minit boleh membuat anda lebih segar dan fokus.

Anggaran Waktu Membaca:
Tidur siang 10 minit boleh bantu tingkatkan fokus dan produktiviti

(Gambar fail: Pixabay/Wokandapix)

Diterbitkan : 23 Feb 2019 07:20PM Dikemas Kini : 23 Feb 2019 07:23PM

JAKARTA: Kebanyakan orang akan meminum kopi untuk menghilangkan rasa ngantuk semasa waktu siang. Bagaimanapun ramai yang tidak sedar bahawa hanya dengan tidur selama 10 minit boleh membuat anda lebih segar dan fokus.

Menurut Medical Daily, tidur siang sebenarnya hanya tidak memerlukan waktu yang terlalu lama. Bagaimanapun, hal ini harus dilakukan secara konsisten, cepat dan dalam keadaan tempat atau bilik tidur yang gelap. Masa tidur bergantung kepada keperluan setiap individu.

Sebagai contoh, waktu tidur siang selama 10 hingga 20 minit sangat sesuai untuk meningkatkan fokus dan tahap produktiviti seseorang. Para pengkaji mendapati bahwa tidur siang yang dilakukan selama 10 minit mampu mengatasi kesulitan tidur, rasa mengantuk dan kelelahan.

Sementara itu, kajian mendapati bahawa tidur selama 30 minit dapat memperbaiki kesan hormon negatif akibat kekurangan tidur pada hari sebelumnya. Memperoleh tidur siang selama 60 minit akan membantu anda berasa lebih segar. Selain itu, ia juga membantu anda mengingat fakta, wajah, dan juga nama seseorang. Malahan ia juga meningkatkan kebolehan untuk menumpukan perhatian selama 10 jam.

Jika anda tidur selama 90 minit pula, ia membantu untuk menenangkan fikiran dan meningkatkan daya ingatan anda.

Pendek kata, banyak manfaat yang boleh diperolehi jika anda meluangkan sedikit masa untuk tidur siang. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan