Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tidak perlu risau lagi jika Instastory anda dirakam orang lain, Instagram uji ciri baru

Tidak lama lagi, anda tidak boleh memetik atau merakam gambar 'Instastory' orang lain secara senyap-senyap.

Anggaran Waktu Membaca:
Tidak perlu risau lagi jika Instastory anda dirakam orang lain, Instagram uji ciri baru

(Gambar: JOSH EDELSON / AFP)

Diterbitkan : 22 Feb 2018 06:38PM Dikemas Kini : 26 Feb 2018 11:06PM

AMERIKA SYARIKAT: Tidak lama lagi, anda tidak boleh memetik atau merakam gambar 'Instastory' orang lain secara senyap-senyap.

Ini kerana Instagram mungkin akan memperkenalkan satu ciri baru di mana pemilik akaun boleh mengetahui siapa individu yang memetik gambar 'screenshot' atau merakam video 'Instastory' mereka.

Buat masa ini, Instagram sedang menguji ciri baru tersebut, menurut laporan laman TechCruch.

Para pengguna yang terlibat dalam ujian itu dimaklumkan apabila mereka melakukan 'screenshot' pada satu-satu 'Instastory', bahawa pemilik akaun akan mengetahuinya.

Makluman itu berbunyi: "Screenshot atau rakaman skrin seterusnya yang anda lakukan akan diketahui pemilik akaun."

Para pemilik akaun boleh mengetahui siapa yang melakukan 'screenshot' dan rakaman skrin dengan melihat senarai penonton 'story' mereka. Nama individu yang melakukan 'screenshot' atau rakaman skrin akan tertera simbol pengatup (shutter) kamera, lapor TechCrunch.

Dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada TechCrunch, Instagram menyatakan ia "sering menjalankan ujian untuk mencari cara mempertingkat pengalaman di Instagram dan menjadikannya lebih mudah untuk berkongsi detik-detik dengan orang-orang terdekat."

Instagram mungkin menggunakan ujian itu untuk melihat sama ada terdapat perubahan ketara dari segi kegiatan (di Instagram), sebelum memutuskan untuk meneruskan atau tidak ciri baru itu kepada semua pengguna.

Contohnya, terdapat kemungkinan sebahagian pengguna akan mengurangkan kegiatan mengikuti 'Instastory' jika mereka tidak boleh melakukan 'screenshot' atau merakam skrin tanpa diketahui pemilik akaun.

Jika ciri baru ini diteruskan, ia akan serupa dengan aplikasi Snapchat dari segi cara wadah itu menangani isu 'screenshot', menurut laman TechCrunch.

Sumber : Agensi berita/NK/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan