Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tiada lagi iTunes, lebih privasi dan MacPro berharga S$16,000

 Apple menyasarkan Facebook dan Google apabila menghasilkan alat-alat kawalan privasi baru, sementara Netflix pula dengan aplikasi TV peribadi baru. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada lagi iTunes, lebih privasi dan MacPro berharga S$16,000

(Gambar: Apple)

Diterbitkan : 04 Jun 2019 02:51PM Dikemas Kini : 04 Jun 2019 02:56PM

SAN JOSE, CALIFORNIA: Apple menyasarkan Facebook dan Google apabila menghasilkan alat-alat kawalan privasi baru, sementara Netflix pula dengan aplikasi TV peribadi baru. Ini diumumkan pada ucaptama sidang pembangun tahunannya (WWDC) pada Isnin (3 Jun) yang turut menyaksikan tamatnya hayat aplikasi iTunes.

Acara tahunan pengeluar iPhone di San Jose itu menawarkan sekilas gambaran wawasan Apple dalam bidang jagaan kesihatan, realiti tambahan atau 'augmented reality' (AR), alat-alat yang dipakai pada tubuh, dan kecerdasan buatan (AI) serta objektif jangka panjang untuk mengubah iPad kepada satu alternatif bagi komputer riba yang lebih berdaya maju.

Pengemaskinian sistem-sistem operasi iPhone, iPad, Apple Watch dan Mac akan dikeluarkan untuk para pengguna lewat tahun ini.

PERUBAHAN APPLE WATCH DAN IPAD

Sidang WWDC tahun ini menyaksikan beberapa peningkatan pada Apple Watch, termasuk pelancaran App Store yang tersendiri bagi alat yang dipasang pada tubuh itu.

Para pengguna Apple Watch juga akan ditunjukkan "trend-trend aktiviti" peribadi dan diberi amaran jika persekitaran mereka terlalu bising sehingga ia mungkin merosakkan pendengaran mereka, sebagai sebahagian daripada usaha Apple untuk meluaskan lagi pemasaran alat penjejak kesihatan dan kercegasannya.

Sistem operasi iPadOS yang baru menandakan kali pertama sofwe tablet Apple itu menyimpang daripada sistem operasi iPhone dengan ketara.

Para pengguna Mac kini boleh menggunakan iPad mereka sebagai skrin kedua bersama dengan komputer atau komputer riba mereka melalui aplikasi baru dinamakan Sidecar.

Sekarang, para pengguna sudah pun boleh berbuat demikian dengan menggunakan aplikasi-aplikasi pihak ketiga seperti Duet Display. Ini merupakan contoh bagaimana Apple kebelakangan ini semakin perlu persaing di App Store dengan pembangun aplikasi yang kecil dan bebas.

PENINGKATAN MAC PRO

Pengemaskinian pada perkakasan Mac Pro dialu-alukan para pembangun tetapi ia sebenarnya mempunyai kesan terhad terhadap perniagaan Apple. Penyuntingan dan pemprosesan video adalah antara peningkatan yang ditawarkan bagi apa yang disifatkan sebagai "Mac Pro paling bertenaga yang pernah dihasilkan", dan juga sistem pendingin baru bagi cakera keras.

Harga permulaan bagi Mac Pro baru itu adalah AS$5,999 (S$8,209), dengan skrin berharga AS$4999 (S$6,837), dan kos tempat letak Mac Pro pada AS$999 (S$1,366). Ini bermakna para pengguna yang ingin membeli set lengkap Mac Pro boleh menjangkakan untuk mengeluarkan belanja hampir AS$12,000 (lebih S$16,000).

Pengumuman mengenai harga tempat letak Mac Pro itu mencetuskan desas-desus dalam kalangan hadirin.

KESELAMATAN: 'FIND MY' DAN 'LOCK'

Versi baru sofwe Apple untuk mencari alat-alat yang hilang, yang kini dinamakan "Find My", menggunakan iPhone lain untuk mencari tempat sebuah MacBook, walaupun ia tidak dihubungkan dengan WiFi.

Apple juga menerapkan fungsi keselamatan 'activation lock' iPhone untuk MacBook. "Kami menjadikan Mac anda kurang menarik kepada para pencuri... Jika Mac anda dicuri, pencuri itu akan mendapati ia tidak dapat digunakan," kata ketua sofwe Craig Federighi.

REALITI TAMBAHAN (AR)

Apple meluaskan kaedah bagi para pembangun sofwe yang menghasilkan aplikasi-aplikasi realiti tambahan atau 'augmented reality' dengan platform baru dinamakan RealityKit. Sofwe itu membolehkan pembangun aplikasi untuk mereka objek-objek digital yang dapat ditempatkan dalam alam realiti dengan seperti dilihat menerusi kamera iPhone.

Sistem itu mungkin membuka laluan kepada pelancaran kaca mata AR Apple yang dinanti-nantikan. 

Sumber : CNA/ZM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan