Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

The Substation akan labuhkan tirainya buat selamanya setelah berpindah dari bangunan Armenian Street

Setelah lebih 30 tahun menjadi tunggak utama dalam landskap seni tempatan, The Substation akan melabuhkan tirainya buat selama-lamanya pada Julai apabila ia berpindah dari premisnya di 45 Armenian Street.

Anggaran Waktu Membaca:
The Substation akan labuhkan tirainya buat selamanya setelah berpindah dari bangunan Armenian Street

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 02 Mar 2021 04:52PM Dikemas Kini : 02 Mar 2021 05:55PM

SINGAPURA: Setelah lebih 30 tahun menjadi tunggak utama dalam landskap seni tempatan, The Substation akan melabuhkan tirainya buat selama-lamanya pada Julai apabila ia berpindah dari premisnya di 45 Armenian Street.

Mengumumkan keputusan itu pada Selasa (2 Mac), lembaga The Substation menyatakan: "Keputusan sukar ini dibuat setelah mengadakan beberapa rundingan dan perbincangan bersama dengan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan para anggota masyarakat seni."

Ia turut menyebut tentang kesulitan untuk kembali sepenuhnya ke premis berkenaan - iaitu sebuah bangunan yang dipulihara - dan kehilangan autonominya ke atas ruang dan kemudahan bangunan tersebut.

Pusat seni bebas itu yang buat masa ini menyewa premis berkenaan - sebuah bangunan yang dipulihara - dari NAC di bawah Skim Ruang Seni, yang menyediakan ruang bersubsidi kepada masyarakat seni.

Sebelum ini dilaporkan bahawa The Substation perlu mengosongkan premisnya di bangunan yang terletak di Armenian Street itu pada Julai bagi tempoh selama dua tahun bagi menjalani kerja-kerja ubah elok.

Sebelum ini NAC membayangkan bahawa The Substation mungkin kembali ke bangunan itu sebagai penyewa bersama apabila kerja-kerja ubah elok selesai dijalankan kelak, dengan mengongsi ruang bersama dengan kumpulan-kumpulan seni yang lain.

Namun, The Substation menyatakan ia akan kehilangan "sebahagian identiti dan warisannya" jika ia tidak dapat kembali sepenuhnya ke 45 Armenian Street.

Sebelum mengumumkan keputusan tersebut pada Selasa, The Substation turut menimbangkan untuk berpindah ke tempat-tempat lain termasuk Pusat Seni Goodman di Mountbatten dan Pusat Seni Aliwal di Kampong Gelam.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan