Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Thailand benarkan lawatan pelancong lebih lama di Phuket mulai Oktober

Thailand akan membenarkan pelancong asing mengunjungi negara itu buat tempoh lebih lama mulai Oktober, menurut seorang pegawai kanan pada 21 Ogos lalu. Ini sedang kerajaan negara itu cuba untuk memulihkan semula sektor ekonomi yang lumpuh dek pandemik COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand benarkan lawatan pelancong lebih lama di Phuket mulai Oktober

Orang ramai dengan pelitup muka berjalan di hadapan pengimbas termal ketika mereka memasuki pusat beli-belah di Bangkok pada 29 Mac 2020. (Gambar: Mladen Antonov/AFP)

Diterbitkan : 28 Aug 2020 11:24PM Dikemas Kini : 28 Aug 2020 11:26PM

BANGKOK: Thailand akan membenarkan pelancong asing mengunjungi negara itu buat tempoh lebih lama mulai Oktober, menurut seorang pegawai kanan pada 21 Ogos lalu. Ini sedang kerajaan negara itu cuba untuk memulihkan semula sektor ekonomi yang lumpuh dek pandemik COVID-19.

Para pelancong perlu berada di negara itu untuk sekurang-kurangnya 30 hari, dengan 14 hari pertama menjalani kuarantin di kawasan terhad hotel mereka sebelum dibenarkan melawat tempat-tempat lain.

Pengumuman itu dibuat selepas pihak berkuasa menggantung rancangan untuk mewujudkan aturan perjalanan dengan negara-negara rakan kongsi sedang bilangan kes COVID-19 di Asia meningkat.

“Pada 1 Okt, kami akan memulakan dengan Phuket," kata Yuthasak.

Pelawat perlu menjalani dua ujian virus korona semasa kuarantin sebelum mereka dibenarkan untuk melakukan perjalanan ke tempat-tempat lain di pulau itu, kata Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn.

Beliau menambah kakitangan juga perlu terus berada di hotel.

Para pelawat perlu menjalani ujian tambahan dan terus berada di wilayah itu bagi seminggu lagi sebelum mereka boleh melakukan perjalanan ke bahagian-bahagian lain negara tersebut.

Sudah hampir tiga bulan Thailand tidak melaporkan sebarang jangkitan COVID-19 di peringkat tempatan. Ia sudah mencatatkan lebih 3,300 kes positif sejauh ini.

Pasukan bertindak COVID-19 kerajaan melanjutkan tempoh keadaan darurat selama sebulan lagi sehingga hujung September bagi mengawal penularan virus itu.

Ekonomi yang bergantung kepada pelancongan itu terjejas oleh kemerosotan ketara pada perjalanan global sedang jangkitan COVID-19 merebak.

Ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu menguncup 12.2 peratus pada suku kedua berbanding setahun lalu, penguncupan paling teruk sejak krisis kewangan Asia pada 1998 akibat kesan pandemik.

Negara itu dijangka akan menyambut 8 juta pelancong asing tahun ini, Sebagai perbandingan, ia merekodkan 39.8 juta pelancong pada 2019.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan