Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Thai Airways buka restoran bagi pelanggan 'mengidam' hidangan dalam pesawat

 Lebih 100 pelanggan yang mengidamkan makanan dalam pesawat setelah sekatan perjalanan dikuatkuasakan selama berbulan-bulan, mengunjungi pejabat Thai Airways pada Khamis (3 Sep) untuk mencuba masakan yang dihidangkan oleh sebuah restoran sementara. 

Anggaran Waktu Membaca:
Thai Airways buka restoran bagi pelanggan 'mengidam' hidangan dalam pesawat

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 07 Sep 2020 09:31PM Dikemas Kini : 07 Sep 2020 09:33PM

BANGKOK: Lebih 100 pelanggan yang mengidamkan makanan dalam pesawat setelah sekatan perjalanan dikuatkuasakan selama berbulan-bulan, mengunjungi pejabat Thai Airways pada Khamis (3 Sep) untuk mencuba masakan yang dihidangkan oleh sebuah restoran sementara.

Ini bagi mengimbas kembali hidangan yang disajikan dalam pesawat.

Syarikat penerbangan itu, yang sudah berbulan-bulan tidak membenarkan pesawatnya melakukan penerbangan, sudah mengubah tempat makan ibu pejabatnya di Bangkok menjadi sebuah restoran yang bertemakan penerbangan dan membukanya kepada orang awam.

"Saya benar-benar tidak mahu melepaskan peluang ini," kata Encik Pirachat Pengthongworrapetch, 36, yang mendapat tahu tentang restoran itu melalui wadah online. "Ia lebih baik di sini berbanding di udara kerana makanan hanya dimasak apabila dipesan."

Thailand sudah menghentikan penerbangan komersilnya bagi membendung penularan virus korona.

"Barang ganti dari bahagian enjin, tingkap dan kipas pesawat digunakan sebagai perabot," menurut Pengarah Urusan Katering Thai Airways Varangkana Luerojvong kepada Reuters.

Setiap hiasan memiliki kod QR yang dipasang supaya para pengunjung boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai bahagian-bahagian tersebut.

Salah seorang pelanggan, Encik Kanta Akanitprachai, 50 tahun, menyukai idea makanan dalam pesawat tanpa perlu membeli tiket penerbangan.

"Saya menggemari makanan yang dihidangkan dalam pesawat Thai Airways, tetapi hanya berpeluang menikmatinya apabila melakukan penerbangan," kata Encik Kanta. "Hari ini kami dapat menikmatinya di sini, ia bagus sekali kerana kami memang mengidamkannya." 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan