Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Teroka keindahan KL waktu malam dengan bas HOHO

 Jika kota London mempunyai double decker bus, Sydney terkenal dengan hop on hop off bus tour, Bandaraya Kuala Lumpur pun tidak ketinggalan mempunyai bas dua tingkat untuk pelancong tempatan mahupun luar negara menikmati pemandangan di sekitar kota metropolitan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Teroka keindahan KL waktu malam dengan bas HOHO

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 03 Apr 2021 09:25PM Dikemas Kini : 03 Apr 2021 11:35PM

KUALA LUMPUR: Jika kota London mempunyai double decker bus, Sydney terkenal dengan hop on hop off bus tour, Bandaraya Kuala Lumpur pun tidak ketinggalan mempunyai bas dua tingkat untuk pelancong tempatan mahupun luar negara menikmati pemandangan di sekitar kota metropolitan itu.

Seperti bandar raya utama di luar negara, penggunaan perkhidmatan bas yang lebih sinonim dengan panggilan 'double decker' itu menjadi pengangkutan popular bagi pelancong bersiar-siar dan melawat tempat menarik sekitar bandar raya untuk mengelak masalah kesesakan yang tidak berkesudahan.

Beroperasi sejak 14 tahun lalu, KL Hop-On Hop-Off (HOHO) dengan bumbung yang terbuka memberikan peluang kepada penumpang mengambil gambar pemandangan serta memerhati gelagat penghuni kota dari sudut 360 darjah.

Bagaimanapun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dua kali dilaksanakan sejak pandemik COVID-19 melanda negara itu awal tahun lepas, telah merencatkan sektor pelancongan sekali gus tempiasnya turut menjejaskan operasi bas yang dikendalikan oleh Elang Wah Sdn Bhd.

Pengarah urusannya, Syed Azhar Syed Nadzir berkata sebelum ini operasi bas itu terpaksa dihentikan sementara ekoran pelaksanaan PKP, namun ia kembali dibuka sejak 1 Mac lalu dengan tumpuan kali ini lebih diberikan kepada pelancong tempatan ekoran sempadan negara yang masih ditutup.

“Kali ini kami menumpukan promosi perjalanan pada waktu malam kerana suhu lebih nyaman dan pemandangan lebih menarik berikutan faktor cuaca panas ketika ini selain kekangan kerja pada waktu siang.

“Antara tempat bersejarah dan menarik yang dilawati ialah Pintasan Saloma, Menara Kuala Lumpur, River of Life, Istana Negara, Dataran Merdeka, Little India, Petaling Street dan Pasar Seni,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Katanya inilah waktu yang paling sesuai untuk pelancong tempatan menggunakan perkhidmatan itu memandangkan sebelum ini bas itu sentiasa dipenuhi oleh pelancong asing.

Syed Azhar berkata selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan jangkitan COVID-19, pihaknya turut mengambil langkah melakukan operasi sanitasi setiap ruang dalam bas, menyediakan pengimbas suhu dan penumpang harus memakai pelitup muka sepanjang menggunakan perkhidmatan itu.

Bas HOHO beropoerasi sepanjang hari dengan mengenakan bayaran RM25 (S$8) bagi dewasa, RM15 (S$4.90) bagi kanak-kanak untuk perjalanan pada waktu siang, manakala RM30 (S$9.80) bagi dewasa dan RM15 (S$4.90) bagi kanak-kanak untuk perjalanan waktu malam. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan