Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Terkurung di rumah? Cuba buat minuman yang tampak cantik ini

Trend buat-di-rumah terbaru yang muncul secara tiba-tiba adalah Kopi Dalgona – minuman yang berasaskan susu dan dilengkapi dengan krim kopi yang lembut dan berbuih.

Anggaran Waktu Membaca:
Terkurung di rumah? Cuba buat minuman yang tampak cantik ini

(Gambar: Instagram/y.na__)

Diterbitkan : 28 Mar 2020 08:59PM Dikemas Kini : 28 Mar 2020 09:04PM

SINGAPURA: Trend buat-di-rumah terbaru yang muncul secara tiba-tiba adalah Kopi Dalgona – minuman yang berasaskan susu dan dilengkapi dengan krim kopi yang lembut dan berbuih.

Antara sebab minuman ini popular adalah kerana bahan-bahannya sedikit, murah dan mudah didapati di rumah. Anda juga tidak memerlukan mesen kopi.

Resipinya memerlukan kopi segera, gula dan air panas pada nisbah 1:1:1, dan diputarkan melalui mesen pengadun atau tangan, lalu dituang di atas segelas susu.

Bagi mereka yang duduk di rumah sahaja dan tidak keluar, minuman itu mudah dan menghiburkan untuk disiapkan.

Menurut Google Trends, fenomena itu mula timbul awal tahun ini dan memuncak pada minggu pertama bulan Mac, menyebabkan peningkatan minat orang ramai minggu lepas. Minuman itu membuat penampilannya di platform media sosial seperti TikTok dan YouTube, dan tular dengan cepat ke Instagram dan Facebook.

Hypebae melaporkan bahawa minuman itu mendapat perhatian orang ramai pada Januari dalam satu episod rancangan televisyen Korea Pyunstorang, di mana watak-wataknya bersaing untuk menghasilkan produk baru untuk kedai-kedai serbaneka. Pelakon Jung Il-woo, yang menemui minuman kopi itu di Macau, menamakannya "dalgona" mengikut gula-gula Korea yang menyerupai “topping” coklat berbuih.

Pengguna media sosial sudah memuatnaikkan minuman cara buatan sendiri mereka, dengan mereka yang tidak meminum kopi menggunakan bahan pengganti seperti serbuk koko dan matcha.  

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan