Skip to main content

Iklan

Iklan

Teknologi

Tempoh menunggu lebih singkat selepas Ryde perkenal ciri baru

Para penumpang kini boleh membuat tempahan segera melalui aplikasi RydeX selepas khidmat kereta sewa privet itu memperkenalkan ciri 'ikut permintaan' bagi penggunanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Tempoh menunggu lebih singkat selepas Ryde perkenal ciri baru

(Gambar: Ryde)

Diterbitkan : 17 Jul 2018 10:56PM Dikemas Kini : 17 Jul 2018 11:00PM

SINGAPURA: Para penumpang kini boleh membuat tempahan segera melalui aplikasi RydeX selepas khidmat kereta sewa privet itu memperkenalkan ciri 'ikut permintaan' bagi penggunanya.

Sebelum ini, para pengguna perlu membuat tempahan sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal.

Khidmat RydeX dilancarkan pada Mei oleh syarikat pemula tempatan Ryde Technologies, yang memulakan khidmat kongsi kereta pada 2015.

Secara purata, ciri terbaru RydeX itu akan menyingkatkan masa menunggu bagi para penumpang kepada kurang lima minit untuk setiap tempahan, menurut Ryde. Ini meletakkan Ryde setara dengan pesaingnya Grab.

Ia juga akan membolehkan para pemandu untuk membawa pulang pendapatan 20 peratus lebih tinggi kerana mereka dapat mengurangkan masa menunggu bagi setiap tempahan.

Ciri ini disediakan bagi semua khidmat pada aplikasi Ryde, termasuk khidmat kongsi kereta, kereta sewa privet dan teksi.

Mengulas tentang pelancaran khidmat tersebut, pengasas dan CEO Ryde Terence Zou berkata ciri berdasarkan permintaan itu dilancarkan "lebih awal daripada yang dijangkakan" selepas menerima "respons pasaran yang sangat memberangsangkan".

Syarikat tersebut yang kini mempunyai 10,000 pemandu privet, sudah menguji ciri baru itu sejak dua minggu lalu.

"Kami (Ryde) sudah tiba. Kami ambil alih peranan Uber dengan pantas. Teknologi memudahkan kami untuk mendapatkan pemandu dengan lebih pantas, memadankan penumpang dengan lebih pantas lalu memberikan pengalaman yang lebih baik," kata Encik Zou.

Menurut Ryde, 80 peratus pemandunya adalah bekas pemandu Uber atau Grab.

Ryde mendapat komisyen 10 peratus daripada para pemandunya, manakala Grab yang merupakan syarikat tempahan pengangkutan terbesar di Singapura menerima komisyen sebanyak 20 peratus.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan