Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tempahan durian online jauh menepati jangkaan; aduan termasuk terima "buah beku"

Musim durian kini berbeza sedikit dengan para penjual raja buah itu meningkatkan kehadiran mereka secara online di tengah-tengah pandemik COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tempahan durian online jauh menepati jangkaan; aduan termasuk terima "buah beku"

Netizen berkongsi pengalaman tidak memuaskan mengenai pembelian durian secara online. (Gambar-gambar: Media sosial)

Diterbitkan : 21 Jul 2020 11:35PM Dikemas Kini : 21 Jul 2020 11:39PM

SINGAPURA: Musim durian kini berbeza sedikit dengan para penjual raja buah itu meningkatkan kehadiran mereka secara online di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Maka tidak dinafikan, ia ibarat satu risiko bagi pihak pembeli yang tidak dapat menghidu mahupun merasa terlebih dahulu durian - seperti kebiasaannya di gerai buah fizikal - sebelum membuat tempahan.

Sedang laman media sosial dibanjiri dengan gambar-gambar isi durian yang pasti meliurkan peminat tegar buah itu, ada pula mengeluh kerana kecewa dengan pembelian online mereka.

Berikut adalah beberapa perkongsian oleh kumpulan Facebook tempatan yang popular, Durian and Friends, tentang pengalaman tidak memuaskan sesetengah pelanggan 'kurang bernasib baik' itu.

DURIAN BEKU

Salah seorang pelanggan menempah durian sehingga S$224 dari kedai online Durians Express Delivery namun beliau hampa apabila apa yang diterimanya hanyalah "benda beku" dengan lapisan tebal air batu menyaluti ketulan durian.

2 SYARIKAT NAMA SERUPA

Ambil perhatian: ada dua syarikat dengan nama yang seakan-akan sama lantas menimbulkan kekeliruan.

Pelanggan di atas menempah duriannya daripada Durians Express Delivery, yang mempunyai sekitar 97 pengikut di Instagram dan hanya memuat naik tiga gambar setakat ini. Pelanggan itu berkata beliau sudahpun menghubungi kedai tersebut untuk memberikan maklum balasnya tetapi tiada respons daripada mereka.

Sementara itu, ada satu lagi perniagaan durian dengan nama dan logo hampir serupa di Instagram yang dipanggil Durian Express Delivery (tanpa huruf 's' pada perkataan 'Durian'). Ia mempunyai pangkalan peminat jauh lebih besar dengan lebih 2,500 pengikut di Instagram dan rating tinggi 4.8/5 di Facebook. Sekiranya anda membuat pencarian 'Durians Express Delivery' di Google, laman web syarikat ini akan menduduki senarai.

Jadi, hati-hati dan periksa dengan teliti terlebih dahulu sebelum membuat tempahan anda.

ISI DURIAN TIDAK ELOK

Seorang pengguna Facebook mengesyorkan gerai Lele Durian di Pasar Ghim Moh kepada seorang rakan yang akhirnya kecewa dengan penghantaran raja buah yang dinanti-nantikan itu.

Berdasarkan akaun online lelaki berkenaan, kawannya meminta untuk membeli durian tanpa kulitnya dan dimasukkan ke dalam kotak tidak dibalut plastik tetapi dipujuk supaya membeli kotak yang sudah dibungkus terlebih dahulu.

Beliau kemudian mengadu durian Black Pearl kelihatan berair seolah-olah sudah diperap dalam kotak lebih 24 jam manakala jenis D101 pula tampak seperti kentang.

PENJUAL TIDAK RESPONSIF

Rakan kepada lelaki itu kemudian cuba untuk menghubungi Lele Durian tetapi ia tidak mengendahkan mesejnya. Pengguna itu kemudian memberi kemas kini dalam satu catatan Facebook yang menyatakan kedai itu akhirnya membalas rakan beliau menerusi pesanan mesej dan panggilan telefon. Bagaimanapun, rakannya sudah tawar hati dengan sebarang khidmat ganti rugi yang ditawarkan memandangkan 12 hari sudahpun berlalu.

DURIAN "BASAH", TAWAR HEBEH

Seorang lagi warganet mengadu di Facebook tentang durian yang dibeli daripada peruncit online, Dr Durian. Menurut pengguna itu, rasa durian dari kedai tersebut rasa tawar hebeh dengan "biji-biji besar" dan "basah", mungkin kerana disimpan dalam peti sejuk semalaman.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan