Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tempahan bilik hotel berhampiran Marina Bay, Padang hampir penuh menjelang NDP

Bilik-bilik hotel berdekatan kawasan Padang dan Marina Bay mendapat permintaan yang kukuh pada Hari Kebangsaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tempahan bilik hotel berhampiran Marina Bay, Padang hampir penuh menjelang NDP

Gambar fail Hotel Fullerton

Diterbitkan : 02 Aug 2020 05:14PM Dikemas Kini : 14 Aug 2020 11:52AM

SINGAPURA: Bilik-bilik hotel berdekatan kawasan Padang dan Marina Bay mendapat permintaan yang kukuh pada Hari Kebangsaan.

Meskipun perayaan tahun ini dikurangkan, hotel-hotel di kawasan tersebut hampir penuh ditempah dan promosi sudahpun dilancarkan untuk ulang tahun kemerdekaan Singapura yang ke-55 tahun ini.

Harga menginap satu malam di Hotel Fullerton bagi menyaksikan bunga api pada 9 Ogos lazimnya bukan murah.

Namun, kali ini bilik-bilik hotel ini bermula dengan harga hampir S$1,200 tetapi dengan malam kedua percuma.

Para tetamu juga akan disediakan pelitup.

Bagi santapan pula, hidangan khas tempatan seperti Nasi Lemak dan Roti Chili Crab ditawarkan.

Hotel Capitol Kempinski pula terletak kurang 600 meter daripada Marina Bay dan ia masih mendapat permintaan untuk Hari Kebangsaan.

Hotel yang menyediakan 155 bilik itu hampir penuh dan hanya beberapa bilik 'suite' yang tinggal.

Bermula dengan harga S$530 untuk semalam, pengunjung boleh membuat tempahan untuk bilik 'suite' untuk sekurang-kurangnya dua malam.

Sebelum ini, harga biasanya adalah dua kali ganda. 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan