Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Telko TPG tawar pelan data 50GB berharga S$10

Syarikat telko keempat, TPG Telecom, melancarkan pelan mudah alih komersil pertama hari ini (31 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Telko TPG tawar pelan data 50GB berharga S$10

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 31 Mar 2020 11:28PM Dikemas Kini : 31 Mar 2020 11:32PM

SINGAPURA: Syarikat telko keempat, TPG Telecom, melancarkan pelan mudah alih komersil pertama hari ini (31 Mac).

Ini selepas lebih setahun TPG menawarkan ujian percuma bagi sekitar 400,000 pelanggan menggunakannya selama enam bulan.

TPG menawakan pelan tidak terikat kepada kontrak pada harga S$10 sebulan bagi data mudah alih sebanyak 50GB.

Harga itu adalah kira-kira separuh daripada kos pelan yang sama ditawarkan syarikat lain.

Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) menyatakan pelancaran TPG akan memberi para pelanggan dan syarikat lebih banyak khidmat inovatif, persaingan dan pilihan.

Para pelanggan yang sudah berdaftar bagi ujian percuma boleh terus menggunakan hingga pelan mereka berakhir.

Sumber : CNA/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan