Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Telefon bimbit juga boleh burukkan jerawat...

Kebanyakan kita jika mempunyai isu 'serangan' jerawat, kita akan dengan mudah menyalahkan 'kulit tak bagus' sebagai puncanya. Atau mungkin menyalahkan diet dan faktor-faktor sekitaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Telefon bimbit juga boleh burukkan jerawat...

Gambar fail.

Diterbitkan : 30 Jun 2019 11:37PM Dikemas Kini : 30 Jun 2019 11:41PM

LONDON: Kebanyakan kita jika mempunyai isu 'serangan' jerawat, kita akan dengan mudah menyalahkan 'kulit tak bagus' sebagai puncanya. Atau mungkin menyalahkan diet dan faktor-faktor sekitaran.

Namun pakar kosmetik seperti Dr Yannis Alexandrides di London, dalam laporan Daily Mail, kini percaya bahagian wajah yang 'diserang' jerawat mungkin menjelaskan punca sebenar masalah itu.

Jika anda mengalami masalah jerawat di bahagian bawah pipi atau dagu, ia mungkin disebabkan oleh penggunaan telefon bimbit yang membuatkan bakteria merebak ke seluruh wajah.

Walaupun telefon bimbit kelihatan bersih, ia boleh mengandungi bakteria yang boleh merosakkan kulit.

Oleh itu, anda yang mempunyai masalah jerawat perlu memerhatikan perkara ini.
Bagi masalah jerawat putih (whiteheads) di beberapa bahagian wajah pula, ini juga berpunca daripada faktor persekitaran, diet dan ketidakseimbangan bakteria.

Oleh itu, anda haruslah membersihkan dan menggunakan pencuci yang boleh mengelupaskan (scrub) permukaan kulit yang memerangkap debu dan sebum.

Malah anda dinasihati agar menggunakan kain pembersih wajah yang suam agar ia dapat membuka pori-pori kulit dan pencuci yang sesuai dengan kulit untuk menghilangkan bintik hitam.

Selain itu gunakan ejen pengelupasan yang berasaskan asid untuk menyingkirkan sel kulit mati secara lembut dan membantu membersihkan pori-pori yang tersumbat.

Malah, muka hendaklah dibersih lebih dari sekali sehari bagi memastikan wajah anda sentiasa bersih.

Bersihkan muka pada waktu pagi untuk menyingkirkan sebum yang terkumpul semalaman di muka ketika tidur dan bersihkan sekali lagi pada sebelah petang untuk menghilangkan debu yang terbentuk sepanjang hari.

Menurut pakar bedah kosmetik, sebarang solekan pada wajah hendaklah dibersihkan sebaik tiba di rumah.

Ini kerana semakin lama anda membiarkannya, maka semakin lama kotoran akan melekat pada wajah.

Situasi itu akan menyebabkan kulit wajah menjadi bermasalah dan semakin sukar untuk dirawat. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan