Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Telefon bimbit anda terlalu lembab? Inilah cara atur semula app dengan cepat

Jika anda tidak pernah mengatur aplikasi-aplikasi di telefon bimbit anda, buang fail-fail yang lama. Sekiranya tidak teratur, ia boleh mengakibatkan telefon bimbit anda berfungsi dengan amat perlahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Telefon bimbit anda terlalu lembab? Inilah cara atur semula app dengan cepat

(Gambar: Freepik)

Diterbitkan : 30 Jul 2019 03:00PM Dikemas Kini : 30 Jul 2019 03:02PM

SINGAPURA: Jika anda tidak pernah mengatur aplikasi-aplikasi di telefon bimbit anda, buang fail-fail yang lama. Sekiranya tidak teratur, ia boleh mengakibatkan telefon bimbit anda berfungsi dengan amat perlahan. Anda boleh menangani masalah ini dengan membuang fail-fail yang tidak penting.

PADAMKAN APLIKASI YANG TIDAK DIGUNAKAN

Anda pernah memuat turun aplikasi untuk sekali guna saja, seperti persidangan, mesyuarat kerja atau percutian, dan kemudian mengabaikan aplikasi tersebut di dalam telefon bimbit saja?

Cara paling cepat dan mudah untuk mengatur aplikasi dalam telefon bimbit anda adalah untuk memadamkan aplikasi-aplikasi yang anda tidak perlukan.

Oleh itu, cara paling mudah untuk mencari aplikasi-aplikasi yang diabaikan adalah dengan menyenaraikan aplikasi anda, disusun mengikut aplikasi yang paling kurang gunakan. Sekiranya anda menggunakan iPhone, pergi ke 'Settings', 'General', iPhone Storage. Di telefon bimbit Android pula, buka 'Play Store' tekan menu 'hamburger di bahagian atas kiri, tekan 'My Apps & Games', 'Installed', 'Alphabetical' dan tukar ke 'Last used'.

Anda akan dapat memadamkan aplikasi-aplikasi yang jarang digunakan. 

Selain itu, pesanan teks anda mengambil banyak ruang kerana ia dipenuhi dengan 'GIF', 'memes', video dan gambar. Jika anda menggunakan iPhone, anda boleh menukar jangka masa mesej anda disimpan supaya ia secara automatik boleh dipadamkan, tanpa memerlukan anda melakukan sendiri. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan