Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Teknik mandi ais selepas bersenam ada kesan buruk berbanding kebaikan

 Pemain tenis, Andy Murray dan pelari Jessica Ennis-Hill antara atlit terkenal yang mengamalkan mandi ais selepas bersenam bagi membantu mempercepat pemulihan anggota tubuh dan otot.

Anggaran Waktu Membaca:
Teknik mandi ais selepas bersenam ada kesan buruk berbanding kebaikan

(Gambar hiasan: Mediacorp)

Diterbitkan : 05 Jan 2020 09:53PM Dikemas Kini : 05 Jan 2020 09:55PM

WASHINGTON: Pemain tenis, Andy Murray dan pelari Jessica Ennis-Hill antara atlit terkenal yang mengamalkan mandi ais selepas bersenam bagi membantu mempercepat pemulihan anggota tubuh dan otot.

Idea di sebalik mandi ais adalah untuk mengurangkan suhu badan, aliran darah, bengkak dan mengurangkan keradangan dalam tisu otot.

Bagaimanapun kajian terbaru mendapati kaedah tersebut sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan dalam proses pemulihan tubuh dan otot atlit.

Sebaliknya, mandi ais mampu mengurangkan sumber protein dalam otot menurut kajian dibuat oleh The Journal of Physiology.

Pengkaji mengukur pengurangan itu menggunakan pengesan istotop dan biopsi otot terhadap sekumpulan atlit yang melakukan latihan rintangan menggunakan kedua-dua belah kaki selama dua minggu atau tujuh sesi latihan.

Setiap kali selesai latihan, mereka akan merendam sebelah kaki dalam air dengan suhu lapan darjah Selsius dan mendapati berlaku penurunan jumlah penjanaan protein pada kaki.

Pengkajinya, Cash Fuchs berkata, sekiranya seseorang atlit itu mahu membaiki atau membina otot, mereka patut mula mempertimbangkan semula kaedah mandi ais.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan