Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Tekanan mental antara faktor risiko demensia

Tekanan boleh membawa pelbagai masalah kesihatan dan ini termasuk tekanan emosi yang boleh meningkatkan risiko mengalami demensia pada usia tua nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Tekanan mental antara faktor risiko demensia

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 09 Feb 2019 01:30PM Dikemas Kini : 09 Feb 2019 01:32PM

JAKARTA: Tekanan boleh membawa pelbagai masalah kesihatan dan ini termasuk tekanan emosi yang boleh meningkatkan risiko mengalami demensia pada usia tua nanti.

Menurut Health Site, tekanan psikologi merupakan salah satu faktor risiko demensia pada usia senja. Hasil kajian dari Universiti Copenhagen, Denmark mendapati bahawa setiap kali keadaan mental seseorang terjejas, risiko demensia akan meningkat dua peratus.

Para peserta kajian yang mengalami lima atau enam gejala tersebut mengalami peningkatan risiko demensia hingga 25 peratus berbanding mereka yang tidak menunjukkan gejala langsung. Manakala mereka yang mengalami antara 10 hingga 17 gejala, risiko mereka mengalami demensia meningkat ke 40 peratus.

Antara punca peningkatan risiko demensia adalah perubahan kardiovaskular yang berlaku disebabkan individu itu mengalami tekanan mental.

Oleh itu, tekanan mental merupakan faktor risiko penting yang harus dipantau kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami demensia kelak.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan