Images
  • individu stress
    (Gambar: iStock)

Tanda seseorang mungkin dibelenggu masalah kewangan

KELUARGA: Merancang perbelanjaan adalah langkah pengurusan kewangan yang bijak tidak kira sama ada gaji anda besar ataupun kecil.

Antara kesilapan yang sering dilakukan berkaitan duit adalah terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak menyimpan wang untuk kegunaan hari muka, menurut Agensi Antidadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri Malaysia dalam artikel yang diterbitkan Keluarga.

Anda boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang sama dengan mengawasi tabiat berbelanja anda.

Sehubungan itu anda harus tahu mengurus wang anda dengan bijak seperti menentukan matlamat kewangan anda, menjejaki ke mana perginya wang, menilai tabiat berbelanja anda dan menulis perbelanjaan anda.

Dengan cara itu, anda akan tahu kenapa kewangan anda bermasalah.

Selain itu terdapat beberapa tanda atau simptom yang anda boleh kenal pasti jika menghadapi masalah kewangan:

Tanda 1
Tidak dapat mengawal perbelanjaan iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan.

Tanda 2
Hutang atau pinjaman melebihi daripada apa yang boleh anda uruskan.

Tanda 3
Kadar kebergantungan pada kad kredit sangat tinggi.

Tanda 4
Tidak mampu membayar kos penyenggaraan rumah dan insurans atau cukai kereta secara teratur.

Tanda 5
Melambatkan pembayaran segala bil atau kos penyewaaan.

Tanda 6
Tiada tabungan untuk menghadapi kecemasan peribadi atau keluarga.

Justeru, jika terdapat tanda-tanda begitu, maka anda perlu segera mengubah cara perbelanjaan anda.

Sediakan pelan perbelanjaan supaya ia dapat membantu anda merancang kewangan dengan sempurna.

- Agensi berita/SM/sm

Top