Images
  • jurong lake park therapy garden
    (Gambar: Facebook/NParks)

Taman terapi terbesar Singapura dibuka di Taman Tasik Jurong

SINGAPURA: Taman terapi terbesar Singapura kini dibuka di Taman Tasik Jurong.

Sebesar separuh padang bola sepak, taman ini menampilkan ciri-ciri khusus bagi golongan kanak-kanak dan dewasa yang berkeperluan khas.

Ia yang ketujuh seumpamanya dan Lembaga Taman Negara merancang untuk membangunkan lagi 30 taman serupa menjelang 2030.

Antara ciri penataan taman terapi itu termasuk laluan yang mudah diakses bagi mereka yang berkerusi roda.

Sudut untuk kanak-kanak pula ingin menggalak penggunaan deria sambil bermain, dengan menyediakan alat muzik seperti xylophone.

Ia juga bersambung dengan taman rama-rama, yang dipenuhi tanam-tanaman bagi menarik serangga tersebut.

Taman Tasik Jurong juga menjadi tuan rumah bagi Pertunjukan Hortikultur Festival Taman Singapura yang kedua.

Para peserta bersaing dalam beberapa kategori seperti reka hias balkoni dan bonsai.

- CNA/IQ/SU/tq

Top