Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Taman tema air tarikan terbaru Forest City di Johor

Taman tema air di Forest City menjadi tarikan baru pengunjung ke bandar futuristik pintar dan hijau Iskandar Puteri.

Anggaran Waktu Membaca:
Taman tema air tarikan terbaru Forest City di Johor

Taman tema air di Forest City. (Gambar: Johor Collective Media - JOCOM/Facebook)

Diterbitkan : 23 Nov 2019 11:06PM Dikemas Kini : 23 Nov 2019 11:15PM

ISKANDAR PUTERI: Taman tema air di Forest City menjadi tarikan baru pengunjung ke bandar futuristik pintar dan hijau Iskandar Puteri.

Timbalan Pengurus Besar Forest City, Syarul Izam Sarifudin, berkata taman tema berkeluasan 2,000 meter persegi dengan kos pembangunan RM4.5 juta (S$1.47 juta) itu turut merupakan tambahan kepada pakej gaya hidup yang ditawarkan kepada penduduk kawasan berkenaan dengan kadar harga berpatutan.

"Beroperasi setiap hari bermula dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam, ia menawarkan harga berpatutan kepada orang ramai iaitu RM15 (S$4.90) seorang bagi kanak-kanak dan dewasa,” kata Encik Syarul kepada media tempatan semasa majlis perasmian taman tema itu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Liow Cai Tung.

(Gambar-gambar: Johor Collective Media - JOCOM)

Beliau menambah, taman tema itu menawarkan tiga jenis pilihan permainan air iaitu gelongsor, pagar sesat dan cabaran halangan air.

Gelongsong dan pagar sesat boleh menampung kapasiti penuh pada kadar 300 pengunjung sejam manakala cabaran halangan air pula boleh menempatkan 150 pengunjung sejam.

“Selain membangunkan unit kediaman dan industri, kami (Forest City) menyedari bahawa dengan adanya tarikan seperti ini (taman tema air) akan menarik lebih ramai pengunjung ke Forest City. Taman tema air ini merupakan antara tarikan awal yang dibangunkan di sini,” katanya.

Akan ada lebih banyak lagi tarikan seperti muzium hijau, pakej lawatan eko ke paya bakau dan beting rumput laut di Forest City selepas ini, tambah Encik Syarul.

Sementara itu Cik Liow berkata pembukaan taman tema air itu memberi pilihan kepada orang ramai terutamanya penduduk di Johor untuk bercuti bersama keluarga dengan kadar harga berpatutan.

Ia juga selaras dengan objektif kerajaan negeri dalam mempergiat usaha promosi Tahun Melawat Johor 2020, katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan