Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Taman tema air di Pulau Pinang harap dapat dibuka semula bulan depan

Taman tema air di Pulau Pinang, seperti taman tema Escape di Teluk Bahang, berharap dapat kembali beroperasi pada bulan depan, sejajar dengan pembukaan semula kolam renang semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Anggaran Waktu Membaca:
Taman tema air di Pulau Pinang harap dapat dibuka semula bulan depan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Jun 2020 08:04AM Dikemas Kini : 27 Jun 2020 08:10AM

GEORGE TOWN: Taman tema air di Pulau Pinang, seperti taman tema Escape di Teluk Bahang, berharap dapat kembali beroperasi pada bulan depan, sejajar dengan pembukaan semula kolam renang semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Presiden Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MAATFA) Encik Richard Koh berkata satu mesyuarat diadakan pada Jumaat (26 Jun) dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi membincangkan pembukaan semula tempat tarikan berasaskan air dan prosedur operasi standardnya (SOP).

Beliau berkata MOTAC akan mengemukakan surat kepada Kementerian Kesihatan pada 29 Jun mengenai pembukaan semula dan juga SOP yang diperlukan untuk beroperasi.

"Kami berharap kami mendapat kebenaran selepas seminggu (selepas surat dikemukakan) untuk kami membuka semula pada Julai, bersama dengan pembukaan semula kolam renang," katanya kepada pemberita di The TOP @ Komtar semalam.

Pada 16 Jun, sebahagian taman tema Escape dibuka semula kepada orang ramai, melibatkan tarikan bertemakan alam semula jadi manakala tarikan berasaskan air masih ditutup.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan