Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Taman permainan bertema Peranakan dibuka di HomeTeamNS Khatib

Taman permainan pertama yang bertemakan Peranakan di Singapura dibuka kepada para pengunjung pada Isnin (21 Dis) di HomeTeamNS Khatib.

Anggaran Waktu Membaca:
Taman permainan bertema Peranakan dibuka di HomeTeamNS Khatib

(Gambar: HomeTeamNS)

Diterbitkan : 21 Dec 2020 10:59PM Dikemas Kini : 21 Dec 2020 11:02PM

SINGAPURA: Taman permainan pertama yang bertemakan Peranakan di Singapura dibuka kepada para pengunjung pada Isnin (21 Dis) di HomeTeamNS Khatib.

Berukuran hampir 7,000 kaki persegi, T-Play Khatib adalah taman permainan kanak-kanak kedua dikendalikan oleh HomeTeamNS.

Taman permainan pertama HomeTeamNS yang bertemakan pengangkutan, terletak di Bukit Batok.

Dipenuhi pelbagai warna-warni dan corak bertemakan Peranakan, T-Play Khatib memaparkan pelbagai tarikan permainan seperti seperti menara gelongsor "Dragon Playground", padang sukan, arena menembak bola busa, trampolin interaktif, pit bola dan kursus halangan ninja.

Pelbagai aktiviti dan kawasan permainan direka dengan tujuan meningkatkan dan merangsang pembangunan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun, menurut HomeTeamNS dalam satu kenyataan media.

(Gambar: HomeTeamNS)

(Gambar: HomeTeamNS)

Taman permainan itu bertujuan menawarkan "pengalaman yang menyeronokkan dan unik bagi seisi keluarga meraikan identiti kebudayaan yang unik di Singapura", menurut HomeTeamNS, sambil menambah bahawa ia direka dengan kerjasama bersama rumah muzium Peranakan The Intan.

Had usia masuk ke taman permainan itu adalah 12 tahun. Seorang dewasa perlu mengiringi kanak-kanak itu ketika berada di taman permainan itu.

Para kakitangan diletakkan di T-Play Khatib bagi menggalakkan kanak-kanak supaya bergaul dan menemui kawan baru, menurut HomeTeamNS.

Para pengunjung juga perlu mematuhi langkah pengurusan selamat seperti pengimbasan suhu badan, daftar masuk wajib SafeEntry. Hanya 50 pengunjung dibenar masuk pada setiap sesi permainan.

Apabila dibenarkan oleh langkah pengurusan selamat, kanak-kanak boleh mengadakan majlis sambutan hari lahir di T-Play Khatib, menurut HomeTeamNS.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan