Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Taman Burung Jurong berjaya biak spesies terancam

Lebih 100 ekor anak burung menetas di Taman Burung Jurong sejak permulaan tahun 2020, dengan satu perlima daripadanya adalah spesies terancam.

Anggaran Waktu Membaca:
Taman Burung Jurong berjaya biak spesies terancam

(Gambar: Wildlife Reserves Singapore)

Diterbitkan : 24 Jul 2020 10:30PM Dikemas Kini : 24 Jul 2020 10:49PM

SINGAPURA: Lebih 100 ekor anak burung menetas di Taman Burung Jurong sejak permulaan tahun 2020, dengan satu perlima daripadanya adalah spesies terancam.

Wildlife Reserves Singapore (WRS) mengumumkan pada Jumaat (24 Jul) bahawa tiga ekor anak burung kakak tua putih atau white cockatoo telah menetas. Ia merupakan spesies amat terancam akibat pemburuan, dan disenaraikan sebagai terancam dalam Senarai Merah bagi Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi.

Taman Burung Jurong adalah "salah satu daripada segelintir institusi zoologi yang membiakkan spesies tersebut, menyumbang kepada usaha masyarakat kajian haiwan antarabangsa untuk mengekalkan jumlah haiwan yang diingini dan rencam dari segi genetik", menurut WRS.

Anak burung lain termasuk sepasang buruk kakaktua dengan bahagian dada berwarna merah atau red-fronted macaw yang amat diancam pupus, serta tiga kakaktua mata biru atau blue-eyed cockatoo, spesies yang "terancam dalam kehidupan liar dan sangat jarang terdapat di taman haiwan". Taman Burung Jurong adalah salah satu daripada dua institusi kajian haiwan yang membiak burung tersebut.

Pelbagai anak burung, sama ada spesies yang mempunyai nilai pemuliharaan atau mempunyai ibu bapa yang tidak berpengalaman, dibesarkan oleh penjaga di Pusat Pembiakan dan Penyelidikan Taman Burung Jurong untuk meningkatkan peluangnya bertahan hidup.

Penjaga haiwan-haiwan tersebut memainkan peranan sebagai ibu bapa titipan, memberi makan kepada anak burung pada jadual tetap dan menimbang berat tubuh mereka untuk memantau perkembangan mereka.

Burung-burung itu dipindahkan ke kandang burung masing-masing apabila sudah cukup usia.

Taman Burung Jurong dibuka semula pada 6 Julai setelah penutupan tiga bulan sebagai sebahagian daripada langkah "pemutus jangkitan" Singapura untuk mengekang penularan COVID-19. Ia menempatkan sekitar 3,500 burung merangkumi 400 spesies, 20 peratus daripadanya terancam.

Pusat Pembiakan dan Penyelidikan Taman Burung Jurong menumpukan kepada pembiakan spesies terancam dan penyelidikan biologi pembiakan.

Taman tersebut juga aktif menyertai beberapa program pembiakan pemuliharaan yang diselaraskan, dan secara langsung menguruskan beberapa program tersebut.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan