Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tahukah anda air terjun Vortex di Jewel guna air hujan?

Pernahkah anda terfikir dari manakah datangnya air yang mencurah-curah dari air terjun Rain Vortex HSBC di Jewel Lapangan Terbang Changi? Jawapannya mungkin akan mengejutkan anda!

Anggaran Waktu Membaca:
Tahukah anda air terjun Vortex di Jewel guna air hujan?

(Gambar: Facebook/Masagos Zulkifli)

BERITAmediacorp: Pernahkah anda terfikir dari manakah datangnya air yang mencurah-curah dari air terjun Rain Vortex HSBC di Jewel Lapangan Terbang Changi?

Jawapannya mungkin akan mengejutkan anda!

Air terjun yang mencurah-curah itu sebenarnya adalah air hujan.

Fakta ini dikongsi oleh Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli hari ini (20 Jun) di laman Facebooknya.

Dalam catatan tersebut, beliau turut berkongsi tentang operasi air terjun itu selain fungsinya di bangunan mega itu.

Daya tarikan ini turut mencantikkan kawasan di sekelilingnya.

Air terjun buatan tertinggi di dunia yang ditempatkan di tengah-tengah Jewel itu, menurut Encik Masagos, menyejukkan kawasan di sekelilingnya secara semula jadi.

Beliau menambah, air hujan yang dikumpulkan menerusi Vortex dan dari permukaan bangunan itu juga digunakan untuk menyiram tumbuh-tumbuhan di sekitar kawasan berkenaan. Oleh demikian, ia memanfaatkan air hujan yang membasahi negara ini.

Air Terjun Rain Vortex HSBC setinggi 40 meter itu merupakan antara daya tarikan utama kompleks Jewel Lapangan Terbang Changi, yang mula membuka pintunya kepada orang ramai pada April.

Sumber : BERITA Mediacorp/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan