Images
  • tabung keranda
    (Gambar: Agensi berita)

'Tabung akhirat': kotak derma masjid berbentuk keranda tular di media sosial

INDONESIA: Manfaat melakukan amal jariah tidak asing kepada umat Islam. Ini termasuklah bersedekah wang ringgit. Namun dengan kesibukan kehidupan seharian, seseorang kadangkala terlupa atau terlepas peluang untuk menghulurkan derma.

Maka itu, untuk mengingatkan jemaahnya supaya menderma, sebuah masjid di Indonesia menyediakan kotak derma yang bentuknya lain daripada yang lain yang pasti membuat sesiapa melihatnya tersentap.

Dipetik laman Merdeka.com dari akaun Instagram @memomedsos, akaun tersebut berkongsi video yang menunjukkan satu kotak derma unik berbentuk keranda.

Video sesingkat 8 saat itu menjadi viral di media sosial dan mengundang pelbagai respons positif dari netizen.

Video tersebut menunjukkan tabung 'keranda kecil' itu dilengkapi dengan roda sehingga dapat meluncur ketika ditolak.

Ramai pengguna akaun media sosial mengulas bahawa tabung unik itu mengingatkan bahawa amalan menderma itu ibarat menabung untuk akhirat.

"Mengingatkan simpanan akhirat," tulis akaun @muhammadrizkho21.

"Pelaburan akhirat," sambung akaun @kotosss_.

"Bijak ..... Mungkin supaya saya dapat mengingati kematian dan akhirnya saya mahu menderma," tulis akaun @alan_blits94.

"Mengingatkan kepada kematian," sambung akaun @naufalfaaw.

"Untuk mengingat bahawa hanya 3 perkara yang boleh dibawa setelah mati, salah satunya adalah sedekah jariah," tambah akaun @evie_yuningsih. 

- Agensi berita/TQ/ha

Top