Images
  • whyre
    Putaran jam dari kiri, atas: Pasukan Whyre meliputi Ketua Pegawai Eksekutif Tan Yishu, Ketua Pegawai Kewangan Lim Qun, Ketua Pegawai Teknikal (perisian) Muhammad Hafiz, Ketua Pegawai Teknikal (perkakasan) Dylan Tan dan Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan Glen Ong. (Gambmar: Whyre)

Syarikat S'pura lancar kempen pendanaan awam bagi topi keledar bijak lebih selamat

SINGAPURA: Sebuah syarikat pemula tempatan dengan cita-cita menjadikan jalan raya Singapura lebih selamat bagi para penunggang motosikal kini setapak lebih dekat untuk mencapai matlamatnya.

Firma itu sudahpun membangunkan sebuah ciptaan yang menukar topi keledar penunggang motosikal kepada sesuatu yang "bijak".

Pada Selasa (23 Jul), Whyre mengumumkan ia melancarkan kempen pendanaan awam - Indiegogo - bagi memasangkan ciri-ciri sudut pemandangan lebih luas ('wide angle') serta realiti tambahan (AR) pada helmet sedia anda dan ia dinamakan Argon Transform.

Peranti dua bahagian dipasangkan pada bahagian luar topi keledar penunggang, khususnya di sebelah depan dan belakang.


Kamera sudut luas dengan lima megapiksel yang dipasangkan pada topi keledar merakam pemandangan 170-darjah belakang penunggang dan memancarkannya di satu alat pemancar bersaiz ibu jari untuk membantu penunggang memantau 'blind spot'.

Alat pemancar itu juga boleh menayangkan pelbagai maklumat lain seperti peta GPS. Ini bermakna penunggang tidak perlu menundukkan kepala untuk melihat peta GPS di skrin telefonnya, membolehkannya untuk memberi tumpuan kepada jalan raya.

Firma tersebut sedang menjalankan kempen pendanaan awam bagi para penunggang motosikal yang berminat. Setiap ikrar sokongan berharga antara S$543 hingga S$815.

Mereka yang terlepas menyokong kempen ini perlu membeli alat tersebut di pasaran pada harga sekitar S$1,090.

Bercakap kepada Mediacorp, ketua pegawai pembangunan perniagaan Glen Ong berkata alat tersebut mungkin muncul di pasaran Februari hadapan, atau paling awal pada Disember ini.

Ciri-ciri lain alat ini termasuk sistem audio yang membolehkan penunggang menjawab telefon atau mendengar radio semasa menunggang.

Terdapat saluran interkom privet untuk penunggang berhubungan dengan penunggang lain dalam jarak 100 meter.

Whyre mempunyai sehingga 22 Ogos ini untuk mengumpulkan S$34,008. Setakat ini pihaknya sudah berjaya mengumpulkan 30 peratus matlamat itu. Encik Ong berkata sebaik sahaja matlamat sudah dipenuhi, firma tersebut akan mengalirkan wang tersebut kepada sebuah pengilang setempat. 

- TODAYonline/TQ/fz

Top