Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Syarikat New Zealand mengaku tambah kimia dalam madu manuka

Sebuah syarikat New Zealand mengaku bersalah pada Khamis (18 Apr) atas pertuduhan membubuh bahan kimia buatan ke dalam madu manuka premium, menurut laporan media tempatan, dalam satu pendakwaan penting melibatkan produk yang membawa nilai eksport tinggi bagi negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat New Zealand mengaku tambah kimia dalam madu manuka

Gambar hiasan. (Gambar: Fred Tanneau/AFP)

Diterbitkan : 19 Apr 2019 05:07PM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 05:12PM

MELBOURNE: Sebuah syarikat New Zealand mengaku bersalah pada Khamis (18 Apr) atas pertuduhan membubuh bahan kimia buatan ke dalam madu manuka premium, menurut laporan media tempatan, dalam satu pendakwaan penting melibatkan produk yang membawa nilai eksport tinggi bagi negara itu.

Badan penguasa New Zealand Food Safety memfailkan kes terhadap Evergreen Life Ltd yang berpangkalan di Auckland. Produk-produk syarikat itu ditarik balik dari pasaran pada 2016 oleh Kementerian Industri Asas, kerana disyaki mengandungi "bahan yang tidak diluluskan".

Permintaan bagi madu, yang dipercayai mempunyai khasiat kesihatan dan kecantikan, semaking meningkat di merata dunia. Ini terutamanya bagi madu manuka, yang dikumpul khas dari sejenis bunga yang berasal dari New Zealand dan Australia.

Oleh kerana bunga bagi penghasilan madu itu tidak tumbuh di tempat-tempat lain, madu manuka dijual pada harga yang mahal, mencecah beberapa ratus dolar bagi sebuah botol kecil.

Manuka juga dianggap mempunyai sifat antibakteria lebih baik berbanding madu-madu lain.

Evergreen didakwa menambah bahan kimia sintetik untuk meningkatkan tahap agen antibakteria dalam madu itu agar madu tersebut dapat dijual pada harga lebih tinggi, menurut Radio New Zealand.

Kedua-dua Evergreen dan Kementerian Industri Asas tidak menjawab permintaan untuk mengulas keputusan itu.

New Zealand merupakan pengeksport madu ke-14 paling besar di dunia dai segi jumlah, dan kedua terbesar dari segi nilai eksport, menurut perangkaan agensi Perdagangan dan Perusahaan New Zealand.

Pada 2017, eksport madu dari New Zealand bernilai hampir AS$270 juta (S$365.82 juta), seganda lebih tinggi berbanding 2013. Madu manuka dianggarkan sebagai sebahagian utama nilai eksport itu.

Hukuman bagi kes Evergreen itu akan ditetapkan pada lewat bulan ini.

Laporan berkaitan:

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan