Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Syarikat ini tawar khidmat penghantaran durian goreng

 Ini berita baik bagi penggemar 'raja segala buah',: Sedap Durian - jenama online sahaja oleh syarikat borong halal J&C Bakery - kini menawarkan durian D24 goreng!

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat ini tawar khidmat penghantaran durian goreng

(Gambar: Sedap Durian melalui TODAY)

Diterbitkan : 11 Aug 2021 08:25PM Dikemas Kini : 11 Aug 2021 08:47PM

SINGAPURA: Ini berita baik bagi penggemar 'raja segala buah',: Sedap Durian - jenama online sahaja oleh syarikat borong halal J&C Bakery - kini menawarkan durian D24 goreng!

Terdapat juga mangga goreng bagi mereka yang mungkin tidak minati durian.

Mediacorp baru-baru ini mencuba kudapan itu menerusi khidmat penghantaran. Snek gorengan itu tiba masih dalam keadaan agak panas dan rangup, namun kami diberitahu lebih enak lagi kalau memanaskannya sebentar menggunakan 'air-fryer', ketuhar mikro atau ketuhar biasa.

Memang benar, salutan tepungnya menjadi lebih rangup, namun anda perlu hati-hati ketika menggigit durian goreng itu kerana intinya sangat panas dan mudah meleleh.

(Gambar: Sedap Durian melalui TODAY)

Durian goreng itu dijual pada harga S$13 setiap kotak yang berisi 10 keping di dalamnya. Anda boleh mencampur adukkan snek pilihan, asalkan ia dalam bilangan lima bagi setiap set.

Harga penghantaran pula adalah S$8 tidak kira di mana anda berada, tapi anda juga boleh memilih untuk mengambilnya sendiri di cawangan J&C.

Puri durian D24 lemak berkrim, dan rasa manis bercampur pahit. Baunya tentu sekali kurang kuat berbanding memakan buah yang segar, jadi mungkin ia lebih mudah diterima bagi seseorang yang tidak bgitu menggemari bau buah itu.

Tepung salutannya diperbuat daripada campuran tepung gandum biasa dan tepung kanji terasa amat rangup. Sangat sesuai digandingkan dengan isi durian di dalamnya.

Pilihan terbaru yang disajikan iaitu mangga goreng juga tidak kurang enaknya. Ia lebih manis tetapi juga mempunyai rasa lebih segar berbanding pilihan buah goreng lain, lantas menjadikannya lebih enak dimakan apabila disaluti tepung digoreng garing.

Bau kuat cempedak pula kurang ketara dalam bentuk puri yang digoreng. Meskipun, dari segi rasanya tetap sedap tetapi cempedak goreng yang mengandungi serat, seperti dijual di gerai goreng pisang, lebih enak kerana rasanya yang asli.

Cawangan J&C Bakery termasuk di #03-03 JTC Building, 15 Woodlands Loop, S738322 dan #01-58 East Village Mall, 430 Upper Changi Rd, S487048.

Nombor telefon: 8798-0929.

Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat melalui laman Facebook atau akaun Instagramnya.

Sumber : Today/TQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan