Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Syarikat anak S'pura mainkan peranan penting bangun industri halal Jepun

Kemajuannya yang pesat dalam sektor teknologi serta kejuruteraan, menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa ekonomi dan teknologi yang disegani di Asia.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kemajuannya yang pesat dalam sektor teknologi serta kejuruteraan, menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa ekonomi dan teknologi yang disegani di Asia.

Namun, penduduk Jepun yang menua serta kelembapan ekonominya, kini memaksa Jepun supaya mengembangkan sektor-sektor lain ekonominya demi merancakkan pertumbuhannya.

Antara yang menjadi perhatian adalah sektor makanan halal di mana sebuah syarikat Singapura memainkan peranan utama membangunkan industri halal Jepun.

CRESCENT RATING S'PURA MEMBUKA 'KEHALALAN' JEPUN

Mencorak industri halal Jepun adalah Encik Fazal Baharudeen, Pengasas Crescent Rating yang berada di Jepun bersama Pengurus pemasarannya Rauda Zaini.

Mereka sedang gigih menarik lebih ramai lagi peniaga Jepun supaya mendapatkan sijil Cresent Rating, yang menilai khidmat serta produk mesra Islam.

Pensijilan Crescent Rating kini diiktiraf di lebih 100 negara, termasuk Jepun, yang terus menyaksikan peningkatan jumlah pelancong muslim, tahun demi tahun.

"Jepun sekarang telah mengambil langkah-langkah secara aktif untuk menarik pelancongan ke Jepun dan terutama sekali dalam makanan. Makanan halal dan secara keseluruhan, Jepun sudah mengenali kepentingan industri ini. Mereka melihatnya lebih dari segi strategi," Cik Rauda memberitahu BERITAMediacorp.
Lantaran itulah, bagi menemui permintaan para pelawat yang beragama Islam, Jepun mendapatkan kepakaran Crescent Rating.

LAPORAN INDEKS PELANCONGAN MUSLIM JEPUN

Crescent Rating, bersama MasterCard melancarkan Laporan Indeks Pelancongan Muslim Jepun atau JMTI.

Ia menawarkan data yang mendalam tentang demografi serta kecenderungan pelancong yang melawat Jepun.

"Ini akan membantu pihak hotel dan juga pengguna. Pihak hotel akan tahu tahap perkhidmatan yang diberikan kepada pasaran Muslim. Bagi pihak pengguna pula mereka akan tahu tahap perkhidmatan yang diterima sebagai tetamu Muslim," kata Encik Fazal.

Usaha Crescent Rating nampaknya membuahkan hasil dengan lagi sekitar 20 peniaga Jepun menerima sijilnya baru-baru ini.

Malah, lebih ramai peniaga dijangka menyediakan khidmat serta produk mesra Islam, menjelang temasya Olimpik Tokyo 2020 dengan 1.4 juta Muslim diramal berkunjung ke sana.

Kurang lima tahun yang lalu Tokyo mempunyai kurang 100 tempat makanan halal. Namun kini bilangan itu melonjak kepada lebih 400 tempat makanan halal yang menawarkan pelbagai hidangan, unik kepada negara Jepun.  

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan