Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Susu penuh atau susu rendah lemak? Mana satu lagi baik untuk kesihatan?

Ramai yang keliru susu mana yang lebih baik dengan bermacam-macam susu di pasaran sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Susu penuh atau susu rendah lemak? Mana satu lagi baik untuk kesihatan?

Gambar hiasan: Getty Images

Diterbitkan : 15 Sep 2021 09:49PM Dikemas Kini : 15 Sep 2021 09:51PM

PA&MA: Ramai yang keliru susu mana yang lebih baik dengan bermacam-macam susu di pasaran sekarang.

Bagaimanapun, perkongsian dari Dr Yazeed Hair Johari dalam artikel ini boleh membantu orang ramai membuat pilihan terbaik bagi seisi keluarga mereka.

Malah, pemilihan susu yang betul juga boleh membantu mengekalkan tahap gula dalam badan dan membuatkan badan kekal sihat tanpa peningkatan berat yang mendadak.

SUSU PENUH ATAU SUSU RENDAH LEMAK?

Jika anda memerhatikan dengan teliti, kandungan gula dalam susu rendah lemak sebenarnya tinggi.

Mengapa ia tidak baik untuk kesihatan?

Selagi anda mengambil gula tinggi, badan anda akan menghasilkan insulin yang tinggi.

Insulin yang tinggi pula menghalang proses memecahkan lemak.

Oleh itu, lebih baik anda minum susu penuh kerana kandungan gulanya lebih rendah.

Akan tetapi, jika anda minum susu penuh, minumlah dalam kandungan yang sedikit. Kalau sebelum ini biasa ambil segelas, cukup hanya ambil 1/2 gelas.

Pokoknya, jangan terpedaya dengan istilah "low fat" tidak kiralah susu, mentega, yogurt atau apa-apa produk rendah lemak yang lain.

Namun begitu, jikalau anda berjaya menemui susu rendah lemak dan rendah gula pula, ia lebih baik untuk kesihatan jika kandungan gula kurang daripada 2g/100ml, nasihat Dr Yazeed.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan