Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Suka beli-belah online waktu malam? Jaga-jaga anda mungkin sedang 'digoda'

Berbelanja secara online menjadi trend masa kini kerana ia bukan sahaja menjimatkan masa malah terdapat pelbagai pilihan tanpa perlu pergi ke kedai.

Anggaran Waktu Membaca:
Suka beli-belah online waktu malam? Jaga-jaga anda mungkin sedang 'digoda'

Gambar seseorang menggunakan telefon bijak. (Gambar fail: AFP/Kim Jae-Hwan)

Diterbitkan : 27 Sep 2019 10:07PM Dikemas Kini : 27 Sep 2019 10:10PM

LONDON: Berbelanja secara online menjadi trend masa kini kerana ia bukan sahaja menjimatkan masa malah terdapat pelbagai pilihan tanpa perlu pergi ke kedai.

Bagaimanapun, tanpa disedari para individu yang gemar membeli secara online pada waktu malam dieksploitasi untuk menjadi seorang yang boros!

Ini antara sebab para peniaga dalam talian lebih gemar menghantar e-mel atau memuat naik promosi pada waktu malam.

Itu antara hasil kajian dilakukan oleh Encik Martin Lewis iaitu seorang pakar kewangan peribadi di Money and Mental Health Policy Institute.

Menurut laporan itu, beberapa syarikat online akan menghantar emel promosi syarikat masing-masing di antara waktu tengah malam sehingga pukul 5.00 pagi dengan tujuan 'menggoda' para pelanggan.

Dakwaan itu dibuat Encik Lewis selepas mendapati terdapat kenaikan sebanyak 23 peratus terhadap kadar pembelian pada waktu malam oleh para pembeli menggunakan kad kredit pada 2018 berbanding tahun sebelumnya.

Malah kajian itu turut mendapati, satu daripada 15 barang yang dibeli menggunakan kad kredit dibuat di antara tengah malam sehingga pukul 6.00 pagi.

66 peratus daripada hasil jualan pada waktu itu juga dibuat oleh kaum wanita.

Selain itu, kajian turut mendapati bahawa 93 peratus mengakui membelanjakan lebih banyak wang ketika mereka tidak sihat manakala 40 peratus memberitahu terdapat kemungkinan mereka akan berbelanja dalam talian pada waktu malam.

Sementara itu, seorang lagi penyelidik di institut sama, Cik Katie Alpin pula memberitahu masalah tidur yang dihidapi seseorang juga boleh menjadi penyumbang kepada peningkatan pembelian pada waktu malam.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan