Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sudahkah anda amalkan langkah pembersihan ini supaya rumah bersih, bebas kuman?

Lewat kebelakangan ini, anda pasti lebih kerap mencuci tangan dan cuba sedaya upaya untuk elak menyentuh merata permukaan yang mungkin tercemar. Cecair pembasmi kuman pula ibarat kawan baik anda sekarang, bukan?

Anggaran Waktu Membaca:
Sudahkah anda amalkan langkah pembersihan ini supaya rumah bersih, bebas kuman?

(Gambar: Home cleaning Helpling/ 8days)

Diterbitkan : 29 Feb 2020 11:51PM Dikemas Kini : 29 Feb 2020 11:55PM

SINGAPURA: Lewat kebelakangan ini, anda pasti lebih kerap mencuci tangan dan cuba sedaya upaya untuk elak menyentuh merata permukaan yang mungkin tercemar. Cecair pembasmi kuman pula ibarat kawan baik anda sekarang, bukan?

Mengekalkan kebersihan diri apabila berada di luar adalah penting namun, bagaimana pula keadaannya sejurus anda pulang ke rumah?

Bagaimana cara untuk tidak 'mengangkut' kuman dari luar masuk ke dalam rumah - tempat kita beristirehat dan mungkin paling banyak meluangkan waktu - agar ia bebas daripada segala anasir virus korona COVID-19?

Berikut adalah tips pembersihan rumah yang dikongsikan oleh Helpling Asia Pacific, sebuah perkhidmatankediaman online.

5 tips utama daripada seorang pakar pembersihan rumah syarikat itu:

1. Bentuk tabiat membersihkan dan mengemas
2. Vakum dan lap kawasan yang sering disentuh serta digunakan ramai orang
3. Gunakan kain lap atau tisu alkohol untuk membasmi kuman pada peranti teknologi
4. Bersihkan kawasan yang seringkali diabaikan di rumah dengan tidu alkohol atau cecair pembasmi kuman
5. Cuci dan sembur cecair pembasmi kuman pada bantal serta tilam

Tempat paling kotor dalam rumah

Sofa. Ia adalah perabot yang seringkali digunakan namun tetapi kerap juga terlepas pandang apabila rutin pembersihan harian dilakukan. Bahkan, ramai dalam kalangan kita akan melabuhkan saja punggung di sofa dengan pakaian kotor sebaik pulang ke rumah.

Tempat sarang kuman di rumah

Tempat-tempat yang selalu disentuh seperti tombol pintu biasanya adalah tempat paling berkuman di rumah kerana tangan setiap orang pasti akan memegangnya pada suatu masa. Bakteria dan virus mungkin 'bertimbun' di situ lantas, ia patut dibersihkan dengan kerap.

Dengan penularan COVID-19, patutkah kita menyembur pembersih berasaskan alkohol pada kesemua barang di rumah?

Pembersih berasaskan alkohol amat disarankan tetapi pastikan anda berhati-hati dengan penggunaannya dan elakkan perabot atau barangan 'sensitif'.

Apakah langkah-langkah tambahan yang harus diambil semasa tempoh ini ketika membersihkan rumah?

Sentiasa memastikan semua kain dan peralatan pembersihan dicuci dan kuman dibasmi setelah membersihkan rumah. Jika tidak, anda mungkin mengalihkan kuman dari satu sudut ke satu sudut yang lain dalam rumah anda.

Adakah sebarang perkara khas untuk dilakukan jika anda mempunyai kanak-kanak kecil, orang tua atau haiwan peliharaan di rumah?

Penting untuk memeriksa bahawa produk pembasmi kuman yang digunakan adalah mesra kanak-kanak, orang tua dan haiwan peliharaan. Sesetengah produk pembersih boleh mengandungi kimia berbahaya atau menyebabkan alahan tertentu berlaku.

Apakah perkara utama yang harus kita ingat apabila cuba untuk memastikan rumah bebas virus?

Sentiasa sedar perkara-perkara yang anda lakukan terlebih dahulu apabila anda pulang ke rumah kerana kuman boleh dibawa masuk ke rumah melalui pakaian, kasut, tangan dan banyak lagi. Cuci tangan anda terlebih dahulu, mandi dan salin pakaian bersih sebelum ingin bersantai di sofa mahupun atas katil. Pastikan anda meletakkan beg serta kasut di tempat-tempat dikhusukan dan bukannya merata rumah.

Akhir sekali, pastikan anda ada produk pembasmi kuman yang berasaskan alkohol kerana ia amat berguna dan berkesan ke atas kebanyakan permukaan.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan