Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sudah makan namun tetap lapar? Ini 6 cara agar perut lebih kenyang meski makan sedikit

Sudah makan namun tetap lapar? Ini 6 cara agar perut lebih kenyang meski makan sedikit.

Anggaran Waktu Membaca:
Sudah makan namun tetap lapar? Ini 6 cara agar perut lebih kenyang meski makan sedikit

Gambar hiasan. (Gambar: Lookstudio/Freepix)

Diterbitkan : 26 Mar 2021 10:35PM Dikemas Kini : 26 Mar 2021 10:40PM

AMERIKA SYARIKAT: Salah satu cara yang sering dilakukan untuk menjaga berat badan yang ideal adalah dengan mengawal jumlah setiap makanan.

Namun, ramai dalam kalangan kita yang masih akan terus berasa lapar dan kurang kenyang.

Apabila makan terlalu sedikit, kita mudah berasa lapar lagi dan akhirnya kita akan makan lebih banyak.

Ini tentu sekali boleh membawa kesan buruk kepada diet kita.

Usah gusar!

Ini kerana ada cara untuk membantu anda mengawal jumlah makanan dan dalam masa yang sama berasa kenyang.

Pakar diet dari NY Nutrition Group, Chelsea Oarr, berkongsi beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu perut anda berasa kenyang meskipun makan dalam jumlah yang sedikit, lapor laman LiveStrong.

MAKAN PERLAHAN

Semasa makan, jangan terburu-buru.

Jika terburu-buru, tubuh kita tidak dapat mengesan makanan yang dimakan dan tidak dapat memberi isyarat kenyang.

"Makan secara perlahan-lahan dan ambil masa semasa mengunyah. Ini membolehkan perut memberi isyarat kepada otak untuk menyatakan bahawa anda sudah kenyang," jelas Cik Oarr.

MINUM SEBELUM MAKAN

"Terlalu kerap kita menganggap rasa haus sebagai rasa lapar," kata Cik Oarr, menurut laporan LiveStrong.

Lantaran itu, apabila anda berasa lapar, sebaiknya minum air terlebih dahulu supaya perut berasa kenyang.

Dengan air mengisi perut ia akan memberi isyarat bahawa anda sedang kenyang.

MAKAN SAYUR-SAYURAN

Sayur-sayuran mempunyai kandungan air yang tinggi sehingga boleh membuat anda berasa lebih kenyang.

Kandungan kalori yang rendah dalam sayur-sayuran membolehkan anda memakannya dalam jumlah yang banyak.

Selain itu, terdapat kandungan serat yang tinggi sehingga anda berasa kenyang lebih lama.

CUKUP TIDUR

Jika kurang tidur, terdapat kemungkinan anda akan teringin makanan yang manis untuk menambah tenaga.

Namun ia juga akan menyukarkan anda untuk kembali mengurangkan berat badan kelak.

MAKAN PROTEIN

Sama seperti serat, protein memerlukan masa yang lama untuk dicerna dan memerlukan lebih banyak tenaga.

Ini dapat membantu anda berasa kenyang meskipun anda makan dalam jumlah yang sedikit.

KURANGKAN GANGGUAN SEMASA MAKAN

Semasa makan, beri tumpuan. Kesedaran semasa makan itu juga membantu membuat tubuh menyedari bahawa anda sudah kenyang.

"Gangguan seperti televisyen boleh membuat anda makan sebarangan dan sekali gus terlalu banyak minum," kata Cik Oarr seperti yang dipetik laman LiveStrong.

Ketika makan di depan televisyen, anda mungkin tidak menyedari bahawa perut sudah berasa kenyang sehingga anda makan berlebihan daripada yang diperlukan tubuh.

Maka, sebaiknya makan secara berhati-hati dan tanpa sebarang gangguan untuk mengelak masalah itu. 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan