Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Straw diperbuat dari beras dilancar di S'pura

'Straw beras' dilancarkan di Singapura hari ini (21 Mac) sebagai satu alternatif bagi straw plastik pakai buang.

Anggaran Waktu Membaca:
Straw diperbuat dari beras dilancar di S'pura

(Gambar: Ricestraws.sg)

Diterbitkan : 21 Mar 2019 05:56PM Dikemas Kini : 21 Mar 2019 08:50PM

SINGAPURA: Dalam usaha mengurangkan penggunaan barang plastik pakai buang, pelbagai pihak kini cuba mengelakkan daripada menggunakan straw plastik.

Namun, straw besi yang semakin popular di tempat-tempat makan mungkin bukan huraian yang paling wajar - memandangkan keprihatinan di kalangan para pengguna berhubung isu kebersihan, serta jumlah air dan sabun yang diperlukan untuk mencucinya.

Kini muncul "straw beras" yang dilancarkan di Singapura hari ini (21 Mac) di acara Cafe Asia 2019 dan Restaurant Asia 2019 yang berlangsung hingga 23 Mac di Pusat Konvensyen & Ekspo Marina Bay Sands.

Straw yang boleh dimakan ini diperbuat daripada campuran beras dan ubi. Produk biodregasi itu mengambil masa yang singkat untuk terurai iaitu dalam masa 90 hari.

Straw tersebut boleh digunakan selama empat hingga 10 jam dalam minuman sejuk, dan dua hingga tiga jam dalam air panas.

Straw yang mempunyai sijiil halal itu dihasilkan Nlytech Biotech Sdn Bhd yang berpangkalan di Pulau Pinang.

"Kami sedang membangunkan penghasilan berskala besar di Pulau Pinang. Produk ini dijangka akan dipasarkan secara komersil di pasaran tempatan serta dieksport bermula Mei 2019," menurut CEO Nlytech Biotech Law Yee Tee.

Encik Law menambah harga straw beras ini "sangat dimampui berbanding straw mesra-sekitaran yang lain".

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan