Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Storefriendly tawar khidmat simpan barang bergerak

Perniagaan menyediakan ruang untuk menyimpan barang semakin berkembang di Singapura dengan 90 kemudahan seperti itu terdapat di merata negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Sep 2019 12:55AM Dikemas Kini : 07 Sep 2019 06:32AM

SINGAPURA: Perniagaan menyediakan ruang untuk menyimpan barang semakin berkembang di Singapura dengan 90 kemudahan seperti itu terdapat di merata negara.

Menurut seorang pakar, kini terdapat 30 pengendali berbanding hanya lapan, sedekad lalu.

Pengendali ruang simpanan terbesar di Asia, Storefriendly, juga kembali buka kedai di Singapura selepas empat tahun. Ia membuka ruang simpanan terbesarnya di sini esok (7 Sep).

Menariknya di Storefriendly ada GObots - mesin yang 'membawa' bilik simpanan barangan langsung kepada anda.

Menurut Storefriendly, khidmat baru ini meningkatkan penggunaan ruang syarikatnya sebanyak 30 peratus.

Khidmat ruang simpanan barangan kian mendapat permintaan di Singapura namun kosnya terus menjadi keprihatinan utama para pelanggan. Oleh itu syarikat-syarikat yang menceburi perniagaan ini perlu mampu bersaing dari segi kos.

Dengan saiz tempat tinggal yang lebih kecil, pendapatan yang lebih tinggi dan meningkatnya kegiatan e-dagang di Singapura, prasarana sebegitu dijangka terus mendapat permintaan. 

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan