Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

STB, wadah tempahan online Klook meterai kerjasama S$2 juta galak pelancongan tempatan

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan wadah tempahan online Klook melancarkan kerjasama pemasaran bernilai S$2 juta untuk mempromosikan tawaran pelancongan dan gaya hidup tempatan di bawah kempen SingapoRediscovers, menurut kedua-dua pertubuhan itu pada Isnin (14 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
STB, wadah tempahan online Klook meterai kerjasama S$2 juta galak pelancongan tempatan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Sep 2020 02:23PM Dikemas Kini : 14 Sep 2020 02:25PM

SINGAPURA: Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan wadah tempahan online Klook melancarkan kerjasama pemasaran bernilai S$2 juta untuk mempromosikan tawaran pelancongan dan gaya hidup tempatan di bawah kempen SingapoRediscovers, menurut kedua-dua pertubuhan itu pada Isnin (14 Sep).

Pengumuman itu dibuat selepas Singapura melancarkan sebuah kempen pemasaran bernilai S$45 juta pada Julai untuk menggalak para penduduk bercuti di dalam negeri dan meneroka semula tanah air mereka sambil menyokong perniagaan tempatan, di tengah-tengah kemerosotan pelawat asing akibat sekatan perjalanan COVID-19.

Kerjasama selama tujuh bulan itu bermula pada September, kata STB dan Klook dalam satu kenyataan media.

Ia akan memberi tumpuan kepada tiga bidang: Promosi yang diatur bagi produk dan pengalaman, pembangunan kandungan dan pemasaran digital bagi merangsang perbelanjaan.

Perniagaan-perniagaan akan digalakkan untuk menghasilkan produk dan pengalaman baru yang akan memberi ilham kepada penduduk tempatan untuk menjelajah daerah-daerah seperti Orchard Road, Chinatown, Daerah Sivik dan Katong-Joo Chiat. Ini termasuk hotel, tempat daya tarikan, pengendali pelancongan dan tempat-tempat makan.

"SISI SINGAPURA YANG BERBEZA"

Pada bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan bahawa peruntukkan S$320 juta dalam kredit pelancongan akan diberikan kepada rakyat Singapura dalam usaha menggalak pelancongan dalam negeri, sambil menambah bahawa butiran lanjut akan diumumkan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan pada September.

"Ramai rakyat Singapura gemar melancong namun tidak dapat berbuat demikian sekarang... tetapi saya berharap rakyat Singapura akan mengambil peluang ini untuk meneroka budaya dan warisan tempatan, alam semula jadi, seni dan seni bina kita," kata Encik Heng.

STB dan Klook menyatakan mereka berkongsi tujuan sama iaitu mahu menggalak penduduk tempatan mengalami "satu sisi Singapura yang berbeza".

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan