Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

'Staycation' di Capella S'pore sambil beramal, sumbang derma kepada APSN

Dengan musim perayaan hujung tahun bakal menjelang, ramai daripada kita mungkin sedang sibuk merancang percutian sempena cuti sekolah hujung tahun. Ini termasuk membuat tempahan bagi percutian di dalam negeri sebelum melabuhkan tirai 2020.

Anggaran Waktu Membaca:
'Staycation' di Capella S'pore sambil beramal, sumbang derma kepada APSN

(Gambar: Capella Singapore)

Diterbitkan : 19 Nov 2020 09:43PM Dikemas Kini : 19 Nov 2020 09:45PM

SINGAPURA: Dengan musim perayaan hujung tahun bakal menjelang, ramai daripada kita mungkin sedang sibuk merancang percutian sempena cuti sekolah hujung tahun. Ini termasuk membuat tempahan bagi percutian di dalam negeri sebelum melabuhkan tirai 2020.

Bagaimana kalau anda boleh menikmati percutian di dalam negeri sambil menyumbang kepada tujuan yang bermakna? Maklumlah, sifat murah hati biasanya lebih menyerlah menjelang musim perayaan.

Capella Singapore baru saja melancarkan lelong amal di wadah online, di mana para tetamu boleh membuat bidaan bagi penginapan eksklusif di hotel tersebut semasa musim perayaan. Dana yang dikumpul dari lelong amal itu akan disalurkan kepada Persatuan bagi Orang-Orang Berkeperluan Khas (APSN), sebuah agensi khidmat sosial yang menyediakan pendidikan khas bagi golongan dengan ketidakupayaan intelektual ringan.

Dua pakej percutian ditawarkan untuk dibida. Pertama, Pengalaman Lelong Staycation Krismas, yang termasuk penginapan semalam di Suit Capella pada malam Krismas (24 Dec). Kedua, Pengalaman Staycation Tahun Baru, yang termasuk penginapan satu malam di Suit Capella sehari sebelum sambutan Tahun Baru. 

Capella Singapura (Gambar: Capella Singapore)

(Gambar: Capella Singapore)

Para tetamu boleh membuat bidaan secara online dari sekarang sehingga 30 Nov. Bidaan bermula dengan tawaran S$3,000 dengan 100 peratus hasil kutipan akan didermakan kepada APSN.

Selain lelong staycation tersebut, Capella Singapore juga mengundang para tetamu untuk beramah mesra dengan kanak-kanak dari Pusat Jagaan Pelajar APSN. Bagi memastikan kanak-kanak itu mendapat hadiah istimewa, APSN akan menyediakan senarai hadiah, yang akan dikongsikan bersama para penghuni jangka panjang Capella Singapore. Para kakitangan hotel berkenaan juga digalak untuk mengambil bahagian.  

Sumber : CNA/NJ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan