Sony umum puluhan permainan baru untuk PS5; rupa bentuk konsol futuristik
Sony pada Khamis (12 Jun) mengumumkan lebih 24 judul permainan baru bagi konsol Playstation 5 (PS5) versi terbaru yang penuh bergaya.
SAN FRANCISCO: Sony pada Jumaat (12 Jun) mengumumkan lebih 24 judul permainan baru bagi konsol Playstation 5 (PS5) versi terbaru yang penuh bergaya.
Antara judul permainan yang bakal dikeluarkan adalah sekuel kepada Spider-Man dan Gran Turismo - pastinya berita baik buat peminat konsol permainan video keluaran Sony!
Syarikat raksasa barangan elektronik pengguna Jepun itu tidak mendedahkan harga atau tarikh pelancaran PS5. Namun, ia siap bertarung dengan siri baru Xbox dari Microsoft yang bakal ditawarkan di pasaran akhir tahun ini.
Konsol PS5 menjanjikan rupa bentuk konsol futuristik campuran warna hitam dan putih dengan grafiks lebih realistik dan lebih responsif dari sebelumnya.
"Dengan PlayStation 5, kami membuat 'lompatan penting' untuk memberikan pengalaman bermain yang benar-benar baru yang akan mengubah jangkaan dan harapan peminat tentang permainan video," kata ketua Hiburan Interaktif Sony, Jim Ryan.
Menurutnya konsol baru itu akan menawarkan kandungan "lebih kaya dan lebih indah" yang akan "menawan deria anda dengan cara yang tidak pernah terfikir mungkin sebelum ini."
Beberapa lagi judul permainan yang bakal dikeluarkan adalah Resident Evil Village, Project Athia, Hitman III dan Solar Ash.
Sesuai dengan tema yang dibawa ‘The Future of Gaming Show’, reka bentuk konsol yang jauh berbeza dari edisi sebelumnya.
Dua versi PS5 ditunjukkan, satu dalam versi digital bagi pemain yang memilih untuk memuat turun tajuk permainan menerusi internet dan satu lagi yang mempunyai pemacu cakera.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.