Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sony tarik balik Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store susuli maklum balas negatif

Sony Corp mengumumkan pada Jumaat (18 Dis) bahawa ia akan menarik balik Cyberpunk 2077 terbitan CD Projekt SA daripada PlayStation Store dan menawarkan bayaran balik sepenuhnya setelah menerima aduan banyak aduan yang mendakwa permainan itu dibelenggu dengan banyak masalah.

Anggaran Waktu Membaca:
Sony tarik balik Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store susuli maklum balas negatif

Kotak permainan video Cyberpunk 2077 di sebuah kedai di Warsaw, Poland, pada 14 Dis 2020. (Gambar: REUTERS/Kacper Pempel)

Diterbitkan : 18 Dec 2020 03:36PM Dikemas Kini : 18 Dec 2020 03:41PM

TOKYO: Sony Corp mengumumkan pada Jumaat (18 Dis) bahawa ia akan menarik balik Cyberpunk 2077 terbitan CD Projekt SA daripada PlayStation Store dan menawarkan bayaran balik sepenuhnya setelah menerima aduan banyak aduan yang mendakwa permainan itu dibelenggu dengan banyak masalah.

Langkah luar biasa itu merupakan satu tamparan hebat kepada penerbit permainan video dari Poland itu, dengan harga sahamnya menjunam 30 peratus di tengah-tengah kemarahan peminat yang hampa, sedang pengulas industri pula mendakwa mereka tidak diberikan akses yang secukupnya sebelum permainan itu dilancarkan pada 10 Dis.

Reaksi negatif terhadap permainan yang berkali-kali ditunda itu mencetuskan tanda tanya terhadap gembar-gembur yang dikaitkan dengan permainan baru itu.

CD Projekt kini dilihat sedang cuba mengawal keadaan dan tentunya tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan para peminatnya.

Ia berikrar akan mengatasi masalah yang dikesan pada permainan tersebut.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan