Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sneaker Michael Jordan dilelong pada harga rekod AS$1.5 juta

Sepasang kasut sukan yang dipakai bintang bola keranjang NBA, Michael Jordan pada awal kerjayanya dilelong pada harga rekod hampir AS$1.5 juta (S$2.02 juta) baru-baru ini. Ia sekali gus mencatat rekod lelongan bagi kasut yang dipakai pada perlawanan, menurut wakil syarikat lelongan, Sotheby.

Anggaran Waktu Membaca:
Sneaker Michael Jordan dilelong pada harga rekod AS$1.5 juta

Sneaker yang dipakai Michael Jordan ini dilelong pada harga rekod hampir AS$1.5 juta. (Gambar: rumah lelong Sotheby's)

NEW YORK: Sepasang kasut sukan yang dipakai bintang bola keranjang NBA, Michael Jordan pada awal kerjayanya dilelong pada harga rekod hampir AS$1.5 juta (S$2.02 juta) baru-baru ini. Ia sekali gus mencatat rekod lelongan bagi kasut yang dipakai pada perlawanan, menurut wakil syarikat lelongan, Sotheby.

Kasut kulit berwarna putih dengan logo ikonik Nike dan tapak berwarna merah itu dipakai oleh pemain tersebut pada perlawanan kelima musim baru bersama Chicago Bulls.

Jenama sukan Nike yang menaja Jordan ketika itu baru menempa nama dan menarik perhatian ramai di dalam mahu pun luar gelanggang.

"Sneaker paling berharga yang pernah dilelong - Nike Air Ships yang dipakai Michael Jordan pada 1984 - baru dijual pada harga AS$1,472,000 (S$2.02 juta) dalam lelongan barangan mewah kami di Las Vegas," menurut rumah lelong itu dalam satu kenyataan di Twitter.

Harga rekod itu mengatasi sepasang kasut Nike Air Jordans yang dijual pada harga AS$615,000 (S$828,558) Ogos 2020 di lelongan Christie.

Sepasang kasut Nike Air Yeezy 1s dipakai penyanyi rap terkenal, Kanye West pula dijual sekitar AS$1.8j (S$2.42 juta) pada April, tiga kali ganda berbanding rekod sebelum ini bagi sepasang kasut sukan - sekalipun ia dilangsungkan pada jualan ekslusif.

Sneaker Michael Jordan itu dihadiahkan kepada Tommie Tim III Lewis yang merupakan pengambil bola untuk Denver Nuggets bagi musim 1984-85.

Pasaran bagi kasut sukan yang sukar didapati semakin laris. Harga rekod untuk sneaker dipecahkan beberapa kali baru-baru ini sedang pasaran yang sedekad lalu amat khusus itu kini menarik minat masyarakat secara amnya.

Kasut Air Ship itu merupakan ilham asal siri Air Jordan. Ia direka bentuk oleh Bruce Kilgore dan pertama kali dikeluarkan pada 1984 dan adalah sneaker pertama dipakai Jordan sebagai pemain profesional NBA.  

Sumber : AFP/SM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan