Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Siri BERITA Jelajah bawa orang ramai tinjau tempat, juadah, personaliti kurang dikenali

BERITAmediacorp membawa anda meronda-ronda sekitar tanah air untuk mengenali destinasi, jamuan dan persona yang mungkin kurang dikenali dalam siri terbaru BERITA Jelajah mulai Khamis (26 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Keadaan pandemik COVID-19 sekarang ini menyebabkan orang ramai tidak digalakkan keluar rumah dan ke tempat-tempat sesak tanpa keperluan penting.

Lantaran itu, BERITAmediacorp membawa anda meronda-ronda sekitar tanah air untuk mengenali destinasi, jamuan dan persona yang mungkin kurang dikenali dalam siri terbaru BERITA Jelajah mulai Khamis (26 Mac).

LESTARIKAN WARISAN

Sesetengah orang mungkin mendapatinya sukar untuk mendapatkan kuih tradisional yang asli di Singapura.

BERITA Jelajah mencari mereka yang berusaha melestarikan warisan nenek moyang itu.

Wartawan BERITA Jelajah menemui seorang individu yang secara giat mengadakan kelas memberi tunjuk ajar membuat kuih muih tradisional kepada generasi pelapis.

Hasilnya amat serupa dengan sentuhan air tangan ibu dan nenek.

(Gambar: Razi Salam/BERITAmediacorp)

(Gambar: Razi Salam/BERITAmediacorp)

SELONGKAR KHAZANAH LAMA

Jika kuih-kuih lama tidak menepati selera anda, mungkin khazanah sejarah lama yang tersembunyi di dekat jalan Holland Road bakal menarik minat anda.

Di balik semak samun, usang dek ditelan zaman, pernah tersergam bangunan yang gilang-gemilang dan suatu ketika dulu berfungsi sebagai istana raja.

"Bangunan ini pertama kali digunakan untuk kaum kerabat Maharaja Sultan Abu Bakar dan ia juga digunakan sebagai pejabat dan dewan tetamu," kata penggiat sejarah, Sarafian Salleh.

BERITA Jelajah mengajak anda meneroka destinasi kurang dikunjungi, menjamu makanan mungkin jarang ditemui dan berbual mesra dengan individu-individu penuh inspirasi.

Mulai Khamis, kesemua episod akan dimuat naik di Facebook dan Instagram BERITAmediacorp dengan sedutannya dalam BERITA 8.00 malam.

Ikuti kami dalam siri terbaru yang menjanjikan episod-episod menarik tentang hal-hal yang mungkin tidak anda ketahui sebelum ini. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan