Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Singapore Flyer beroperasi semula selepas lebih 3 bulan

Singapore Flyer beroperasi semula pada Khamis (23 Jul) selepas ditutup lebih tiga bulan kerana pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Jul 2020 10:10PM Dikemas Kini : 23 Jul 2020 10:15PM

SINGAPURA: Singapore Flyer beroperasi semula pada Khamis (23 Jul) selepas ditutup lebih tiga bulan kerana pandemik COVID-19.

Pihak Singapore Flyer menawarkan tiket-tiket dengan potongan harga lebih 50 peratus yang perlu ditempah secara online.

Sejam selepas ia dibuka petang tadi, ia menerima kunjungan sekurang-kurangnya empat kumpulan.

Singapore Flyer hanya beroperasi dari Khamis hingga Ahad serta pada cuti umum, dari 3.00 petang hingga 9.00 malam.

Langkah-langkah lain yang dilaksanakan untuk mencegah penularan COVID-19 termasuk menghadkan jumlah pengunjung untuk menaiki daya tarikan tersebut.

Setiap kapsul hanya boleh membawa tujuh orang.

Para pengunjung juga perlu mengimbas suhu badan dan mendaftar masuk menggunakan kod QR SafeEntry sebelum menaiki roda Ferris tersebut. 

Sumber : CNA/HN/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan