Images
  • ketchup
    Gambar hiasan sos tomato. (Gambar: Unsplash)

Sifat masam sos tomato dari cuka rupanya ada manfaat mengejutkan....

UNITED KINGDOM: Permintaan bagi alat pelbagai guna semakin menarik perhatian. Tidak kiralah sama ada tab mandi yang membantu untuk mencuci dulang ketuhar berminyak mahupun batu pumis bagi mengeluarkan bulu haiwan daripada melekat pada permaidani.

Petua terbaru, meskipun sebenarnya ia sudahpun digunakan agak lama seperti dilaporkan agensi berita Metro, adalah menggunakan sos tomato untuk membersihkan karat atau kesan lain yang ada pada perabot yang diperbuat daripada keluli.

Gambar-gambar yang dikongsikan seorang pengguna Facebook, Jo Nichol, menunjukkan keadaan sebuah bangku sebelum dan selepas ia digosok dengan sos tomato.

Dalam satu catatan Facebook, Jo menulis: "Sebelum dan selepas menggunakan sos tomato, tugas lima minit, menakjubkan."


Orang ramai mendapati petua tersebut luar biasa dan sangat bijak.

Sementara itu, sesetengah orang pula menyuarakan kebimbangan tentang memakan sesuatu yang boleh membersihkan keluli.

Metro juga menukil salah seorang lagi pengguna Facebook yang mendakwa bahawa perasa itu pada umumnya berguna bagi tujuan pembersihan sambil berkata: "Sos tomato juga baik untuk membersihkan papan pemotong keluli tahan karat".

Sifat masam dari tomato dan cuka dalam sos tomato menjadikannya sumber baik untuk mengilatkan loyang, tembaga dan perak. 

- Agensi berita/FZ/fz

Top