Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Set permainan & kotak LEGO ini dijual di IKEA mulai 18 Feb

Jika memasang gerobok dan rak-rak IKEA agak menyulitkan bagi anda, mungkin anda boleh mulakan dengan sesuatu yang bersaiz lebih kecil?

Anggaran Waktu Membaca:
Set permainan & kotak LEGO ini dijual di IKEA mulai 18 Feb

(Gambar: IKEA Singapura)

Diterbitkan : 11 Feb 2021 12:31PM Dikemas Kini : 11 Feb 2021 12:39PM

SINGAPURA: Jika memasang gerobok dan rak-rak IKEA agak menyulitkan bagi anda, mungkin anda boleh mulakan dengan sesuatu yang bersaiz lebih kecil?

Produk hasil kerjasama antara IKEA dengan LEGO akan dijual di Singapura tidak lama lagi.

Dikenali sebagai BYGGLEK, yang bermakna "bina, main" dalam bahasa Sweden, koleksi itu akan dijual di semua cawangan IKEA mulai 18 Februari dan secara online mulai 25 Februari.

(Gambar: IKEA Singapura) 

Koleksi BYGGLEK itu merangkumi empat kotak dengan saiz berbeza-beza serta set 201 bahagian LEGO, yang hanya dijual di IKEA.

Ilham di sebalik koleksi itu adalah supaya kanak-kanak - dan tentu sekali orang dewasa juga - boleh membina sesuatu mengikut cita rasa mereka dan kemudian menyimpan ciptaan mereka itu dalam kotak-kotak yang disediakan atau pasangkan sahaja pada bahagian atas kotak itu, yang juga dilengkapi bebutang.

Kotak-kotak itu sendiri, yang berwarna putih, boleh dipasangkan antara satu sama lain. Ia ibarat bahagian LEGO yang bersaiz raksasa yang juga boleh digunakan untuk menyimpan barang.

Kotak-kotak itu disediakan dalam empat saiz. Yang paling besar berukuran 35cm x 26cm x 12cm.

Yang bersaiz sederhana pula berukuran 26cm x 18cm x 12cm.

Manakala saiz kecil berukuran 175mm x 127mm x 59mm dan 127mm x 88mm x 59mm.

Saiz besar dan sederhana dijual berasingan manakala saiz kecil dijual dalam set 3 kotak.

(Gambar: IKEA Singapura) 

Setiap pembeli dihadkan kepada tiga set sahaja.

Selepas ini, anak-anak anda tidak lagi ada alasan untuk membiarkan permainan LEGO bertaburan di atas lantai! 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan