Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Sentuhan kreatif jurubina Iskandar Idris warnai pameran utama Archifest 2019

Pesta Seni Archifest 2019 selama dua minggu bermula Jumaat ini (27 Sep) di bangunan URA dan tempat-tempat lain seperti The Projector dan Marina Bay Sands.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pesta Seni Archifest 2019 selama dua minggu bermula Jumaat ini (27 Sep) di bangunan URA dan tempat-tempat lain seperti The Projector dan Marina Bay Sands.

Edisi ke-13 pesta anjuran Institut Arkitek Singapura (SIA) itu meraikan inovasi bakat jurubina yang berupaya menghasilkan rekaan bermutu tinggi dan berdaya saing.

BERBESAR HATI DIPILIH JADI KURATOR PAMERAN UTAMA ARCHIFEST

12 pameran ditampilkan di pesta tahun ini, dengan pameran Making Architecture atau Di Sebalik Seni Bina menjadi pameran utamanya.

Kuratornya pula ialah Encik Iskandar Idris, 36 tahun, seorang jurubina berpengalaman yang sudah berkecimpung dalam bidang reka bentuk seni bina bangunan selama 10 tahun.

Beliau mengambil masa sekitar tiga bulan untuk menghasilkan pameran tersebut - dari proses reka bentuk hingga mendapat pengesahan panel utama jurubina.

Sejajar dengan tema pesta tahun ini 'Craft', atau hasil karya, kerja keras Iskandar dan 26 jurubina lain mencerminkan proses kreatif reka bentuk seni bina
yang menggabungkan cara tradisional dengan penggunaan teknologi baru seperti percetakan 3D.

JADI KURATOR SALAH SATU TITIK MANIS DALAM HIDUP ISKANDAR

Pelibatan Iskandar sebagai kurator dalam Archifest tahun ini merupakan satu lagi pengiktirafan besar sepanjang kerjaya beliau.

Sebelum ini, beliau juga pernah memenangi peraduan mereka bentuk bangunan Masjid Al-Islah anjuran MUIS dan Institut Arkitek Singapura (SIA), pada 2014.

Reka bentuk model masjid itu antara yang dipamerkan dalam pesta tahun ini.

"Ramai yang beranggapan tugas seorang arkitek itu bergaya tetapi realitinya adalah proses reka bentuk membentuk 20 peratus kerja keras manakala baki 80 peratus merangkumi tugas teknikal yang lain seperti mengendalikan kontrak ataupun tugas menyemak desain.

"Tetapi kepuasan yang dirasa apabila dapat melihat hasilnya itu menjadi kenyataan amat berbaloi," ujar Encik Iskandar.

Selain daripada pameran terdapat juga 18 bengkel yang antara lain mengajak para pengunjung belajar selok belok membuat lilin serta belajar pertukangan kayu. Bayaran $40 hingga $125 dikenakan untuk mengikuti bengkel-bengkel yang dianjurkan.

Para pengunjung juga boleh menikmati filem seperti McQueen yang mengisahkan kehidupan jurubina Britain popular, Alexander McQueen. Secara keseluruhannya, tiga filem akan ditayangkan di The Projector dan tiket-tiket berharga $13.50.

Acara Archifest berakhir pada 9 Oktober.   

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan