Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Seni khat Arab akan didaftarkan dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO

Kementerian Kebudayaan Arab Saudi mengadakan bengkel dan mesyuarat penyelarasan pada Ahad (2 Feb) untuk mendaftarkan seni khat Arab dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO di Riyadh.

Anggaran Waktu Membaca:
Seni khat Arab akan didaftarkan dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO
Diterbitkan : 04 Feb 2020 11:02PM Dikemas Kini : 06 Feb 2020 12:10AM

RIYADH: Kementerian Kebudayaan Arab Saudi mengadakan bengkel dan mesyuarat penyelarasan pada Ahad (2 Feb) untuk mendaftarkan seni khat Arab dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO di Riyadh.

16 negara Arab menyertai mesyuarat lima hari itu dengan kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Budaya dan Saintifik Liga Arab (ALECSO).

Langkah itu akan mengukuhkan kehadiran seni khat Arab dalam forum-forum dan persidangan tempatan dan antarabangsa.

Menurut Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan Arab Saudi bagi Pendidikan, Budaya dan Sains, Hattan bin Mounir bin Samman, seni khat Arab mempunyai nilai luar biasa disebabkan sejarah silam dan keunikannya sebagai salah satu aspek kekayaan identiti budaya Arab dan Islam.

"Seni khat Arab sudah pun - dan akan terus menjadi - fokus dan minat mendalam pakar-pakar, pihak-pihak berkepentingan dan mereka yang terlibat dalam ehwal kebudayaan, pendidikan dan sains, mereka yang berminat dalam kedua-dua sejarah manusia dan budaya," katanya.

Ketua Pengarah Masyarakat Pelestarian Warisan Saudi (SHPS) Abdulrahman Al-Eidan berkata seni khat Arab merupakan ilmu pengetahuan penting yang mengandungi budaya Arab dan menyumbang kepada pelestarian ilmu itu dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Menurut Encik Al-Eidan, pendaftaran seni khat Arab bersama UNESCO melengkapi pengumuman oleh Kementerian Kebudayaan Arab Saudi bahawa 2020 merupakan tahun bagi seni khat Arab.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan